Pompuan selalu benci dengan lelaki boya
Dah ada pasangan, tapi masih nak berpoya poya
Tapi pompuan tak tahu lelaki punya la setia
Lagipun berpoya poya itu kan cuma hobi saja
Pompuan dok bising lelaki hidung belang
Dah ada teman, tapi dok cari lain kat belakang
Tapi pompuan tak tahu lelaki bukanlah ada niat nak curang
Lagipun ianya cuma sekadar nak isi masa lapang
Pompuan keja nak kata lelaki mata keranjang
Ada marka kat tepi pun, pompuan lain pun sempat di pandang
Tapi pompuan tak tahu lelaki punya la penyayang
Sebab dalam hatinya, cuma ada pompuan tu sorang
Pompuan juga menyampah dengan lelaki penipu
Walaupun dah berteman, tapi tetap nak berlakon single gitu
Tapi pompuan tak tahu yang lelaki sebenarnya bukanlah sebegitu
Ia cuma sekadar nak test market, samada masih laku atau tak laku
Tapi walau apa pun alasan lelaki beri
Pompuan tetap mengata lelaki itu ini
Walau begitu lelaki tetap harap pompuan dapat mengerti
Benda ni kadang kadang terjadi di luar kawalan diri
Sebab tu orang selalu kata bahawa dasar lelaki tak sedar diri
Oleh itu...maafkanlah kami....
LELAKI
Reviewed by Drama Malaysia, Waktwo
on
March 29, 2010
Rating: