- Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu.
- Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yang luas.
- Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.
- Orang miskin memakan makanan yang lebih enak daripada orang kaya kerana makanan mereka adalah berkat kepada kemiskinan mereka.
- Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.
- Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya daripada beliau mencintai lelaki tersebut.
- Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
- Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam.
- Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar.
- Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
- Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan dan kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain.
- Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda dan menguatkannya dari hari ke hari.
- Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apa yang anda dapat.
- Lelaki yang bijak dapat membaca buku dan kehidupan sekaligus.
- Kesabaran akan lebih menguntungkan daripada kekuatan yang dimiliki.
- Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.
- Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
- Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk membina sebuah monumen yang indah sekali. Masyarakat abad kini menggunakan jentera hanya untuk membina sebuah kedai.
- Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.
- Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat
Kata2 Mutiara 2
Reviewed by Drama Malaysia, Waktwo
on
April 13, 2010
Rating: