Kisah yang anda baca ini bukannyer datang dari majalah MASTIKA atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’araya….Makkah….Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumo 40++ telah meninggal dunia..mereka telah mengusung jenazah beliau untuk di kebumikan Tanah Perkuburan Al-maq alah yakni lebih kurang 2 kilometer dari MasjidilHaram selepas solat zuhur. apa bila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut alangkah terperanjatnyer mereka bila mendapati se EKOR ular yang berwarna HITAM sebesar peha bersisik tebal telah BERADA didalam liang lahat ( dalam kubur tersebut)
Subhanallah.keadaan ular tersebut amat mengerunkan..mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di Tanah Perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ.( 8 kilometer jauhnyer )..pabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut rupa rupanyer ULAR HITAM yang sama jugak telah menunggu jenazah wanita yang ingin di kebumikan di situ.Allah huakbar…. mereka mengambil keputusan untuk memindah kan serta mengangkat ular tersebut dah letak kan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu..( yang peliknyer ULAR HITAM ituh tidak melakukan apa apa bila di sentuh oleh mereka ).
Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu tiba tiba ular HITAM yang di letakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan PANTAS dan MASUK meluru kedalam kubur wanita itu Masyaalah ( seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas - keaadaan sewaktu ular itu masuk kedalam kubur )..dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan dahan pokok yang di patah patahkan dan apabila mereka melihat kedalam kubur wanita tersebut alangkah terperanjatnnyer kerana ULAR HITAM itu sedang MEMBELIT jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu..
Subhanalah…ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut PENGSAN melihat kejadian itu…selepas di selidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi , rupa rupa nyer sewaktu hayat wanita tersebut SUKA melewat lewat kan SOLAT nyer…
Kepada teman teman blog ku yang disayangi, marilah kita amik iktibar dan pedoman dari kejadian ini..semoga allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu dari ganguan syaitan dan iblis….insyalah..hanya sekadar bercerita kisah pengalaman ku disini..syukran..wasalam