Mengikut statistik dan kajian yang dilakukan oleh Syarikat Media dan Maklumat Nielsen, wanita malaysia sekarang berada pada kedudukan ke-16 dalam golongan paling tertekan didunia. Antara faktor-faktor yang menyumbangkan mereka ke arah itu adalah :-
- Tekanan ditempat kerja
- Tekanan akibat masalah rumahtangga
- Tekanan disebabkan pasangan yang dikecewakan
- Tekanan masalah kewangan
- Tekanan akibat masalah persekitaran
Untuk pengetahuan anda, tekanan juga mampu membantutkan atau menghalang mereka untuk mendapatkan cahaya mata tanpa disedari. Menurut Pakar Perunding Seksual dan Kesihatan, Dr Mohd Ismail Tambi hubungan seks merupakan aktiviti yang berkaitan dengan keinginan dan ia akan terganggu apabila salah seorang pasangan itu mengalami tekanan yang teruk. Selain itu juga tekanan mampu membuatkan atau mengakibatkan sistem endokrin menjadi tidak menentu.
Tekanan juga dipercayai boleh meningkatkan bahan kimia yang dinamakan katekolamin, ini banyak terdapat pada organ-organ reproduktif. Selain itu juga wanita yang mengalami tekanan hidup yang tinggi boleh menyebabkan keguguran dan penyumbang kepada masalah kesuburan rakyat Malaysia. Untuk sedia maklum, kadar kesuburan rakyat Malaysia telah merosot daripada 3.4 peratus kepada 2.6 peratus dalam tempoh 10 tahun.
Masalah yang dihadapi oleh wanita ini akan sentiasa bertambah seiring dengan pembanguanan negara. Tidak hairanlah sekiranya penduduk negara kita ini akan berkurangan pada masa akan datang. Sebagai jalan penyelesaian, saya nasihatkan wanita-wanita diluar sana agar menangani tekanan sebaik yang mungkin dan mencari punca sebenar yang berlaku supaya dapat mengelakkan gangguan pada sistem reproduktif anda.
sumber:www.malay.uptomu.net
Wanita Stress Sukar Untuk Hamil
Reviewed by Drama Malaysia, Waktwo
on
September 22, 2011
Rating: