>> IZHEVSK, Rusia - Adakah anda masih ingat pesanan orang tua yang memberitahu
>> supaya jangan menelan biji tembikai kerana takut benihnya akan tumbuh
>> dalam perut?
>>
>>
>> Pesanan itu mungkin dianggap tidak munasabah tetapi beberapa doktor di sini
>> terkejut apabila mendapati sebatang pokok fir kecil berdaun hijau setinggi
>> lima sentimeter berada dalam paru-paru seorang pemuda, Artyom Sidorkin
>> yang berumur 28 tahun.
>>
>>
>> Menurut sebuah akhbar semalam, Sidorkin pergi ke Pusat Kanser Udmurtian
>> di sini, Rusia Tengah pada minggu lalu kerana batuk berdarah dan sakit dada.
>>
>>
>> Akhbar Komsomolskaya Pravda melaporkan, doktor-doktor pada awalnya
>> mendapati terdapat tumor di dalam salah satu paru-parunya berdasarkan
>> ujian X-ray tetapi setelah dibedah, mereka terkejut menemui pokok kecilitu.
>>
>>
>> "Mata saya berkedip-kedip sebanyak tiga kali kerana menganggap saya
>> melihat benda lain.
>>
>>
>> "Saya kemudian memanggil pembantu untuk melihatnya semula," kata Dr.
>> Vladimir Kamashev yang membuat pembedahan itu.
>>
>>
>> Sidorkin berkata, sebelum ini doktor memberitahunya batuk berdarah itu
>> bukan disebabkan dia dijangkiti sebarang penyakit.
>>
>>
>> "Ia sangat sakit seperti mencucuk dalam saluran badan. Terasa sakit yang
>> amat sangat. Namun saya tidak pernah terfikir ada objek dalam badan
>> saya," kata Sidorkin.
>>
>>
>> Menurut beberapa doktor, adalah mustahil pokok kecil itu ditelan memasuki
>> paru-paru manusia.
>>
>>
>> Mereka percaya Sidorkin mungkin menelan benih pokok itu yang kemudian
>> membesar di dalam tubuhnya.
>>
>>
>> Sebahagian paru-paru Sidorkin dan pokok itu diawet untuk kajian lanjut.
>> Gambar X-ray menunjukkan
>> imej seperti pokok fir
>> membesar dalam paru-paru.
Doktor temui pokok dalam paru-paru...
Reviewed by Drama Malaysia, Waktwo
on
May 18, 2010
Rating: