Mengarungi Lautan Tanpa Perahu...



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ …..
Barangsiapa masuk ke kubur tanpa membawa bekal, maka seolah-olah ia mengarungi lautan tanpa perahu…
~Sayyidina Abu bakar Ash-Shiddiq~
Allah SWT telah berfirman:
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya) “. [Al-Jumu'ah 62:8]
Dari Anas r.a berkata bahawa terdapat tujuh (7) macam pahala yang akan terus menerus diterima oleh seseorang itu selepas kematiannya. Tujuh amalan tersebut ialah:-
Sesiapa yang mendirikan Masjid, maka ganjaran pahalanya akan tetap diterima selagi Masjid itu digunakan untuk beramal ibadat di dalamnya.
Sesiapa yang mengalirkan air sungai ke kebun-kebun, maka pahala akan terus-terusan sampai kepadanya selagi ada orang yang menggunakan terusan tersebut.
Sesiapa yang menulis mushaf (al-Quran) atau kitab, dia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
Orang yang menggali perigi, selagi mana ada orang yang menggunakannya.
Sesiapa yang menanam tanam-tanaman, selama mana ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna, selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
Orang yang meninggalkan anak yang soleh, lalu anak tersebut mendoakan kedua orang tuanya dan mereka beristighfar untuk kedua ibubapanya itu. Iaini anak yang selalu diajari ilmu al-Quran, maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala guru itu sendiri.
Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah SAW telah bersabda:
“Apabila telah matinya anak Adam itu, maka terhentilah amalannya melainkan tiga perkara:
Sedekah jariah.
Ilmu yang berguna dan diamalkan.
Anak yang soleh yang sentiasa mendoakan baginya.”
Jangan bertangguh serta berusahalah sedaya upaya kita dalam menyediakan bekalan untuk kehidupan sebenar kita di sana….

Mengarungi Lautan Tanpa Perahu... Mengarungi Lautan Tanpa Perahu... Reviewed by Drama Malaysia, Waktwo on April 23, 2012 Rating: 5
Powered by Blogger.