Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya,
dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda pasti tersangat tidak
bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu
bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan. Jika ada
mana-mana point yang tidak tepat, sila betulkan saya.
1. Perempuan itu
tidak guna
kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang
kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yang layak
dipakai oleh perempuan murahan saja.
2. Perempuan memang
tidak guna
rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya.
Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan
menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki jahat.
3. Perempuan memang
tidak guna
minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini
mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya
tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol
(secara kimia) yang digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak
memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda
Nabi SAW bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti
pelacur. Setiap lelaki yg terbau haruman itu akan menghadiahkan 1 dosa zina
untuk perempuan itu. Bayangkan la kalau ada sejuta lelaki sehari yang menikmati
bau wangian yang dipakainya itu. Nauzubillah….
4. Perempuan memang
tidak guna
kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang
bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau
perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah
seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan
perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah
Ibrahim.
5. Perempuan memang
tidak guna
masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang
disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keaiban saudaranya.
Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan
dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan
daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya
ayat 12. surah al-Hujurat.
6. Perempuan memang
tidak guna
tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya
sehingga nyata bentuk ‘perbukitan’ pada badannya . Sememangnya ia menjadi
tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila
bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan
tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh
oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang
bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.
7. Perempuan memang
tidak guna
lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika
bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan
biarkan suara lentukmu untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya.
Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan
menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan
gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu.
Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan
keegoan lelaki (yang bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab.
Makna ayatnya lebih kurang begini ”Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara
sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah
perkataan yang baik” ‘Tunduk’ di sini ditafsirkan sebagai berbicara dgn sikap
yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kepada mereka.
“Penyakit dalam hati” adalah keinginan seorang lelaki untuk melakukan perbuatan
sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kepada
seorang wanita melalui suaranya.
8. Perempuan memang
tidak guna
alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di
hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada
wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif
yang mesti persembahkan kepada suaminya.
9. Perempuan
tidak guna
kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang
digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti
ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan
orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak
‘berharga’ dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota
berharga disimpan dengan rapi di dalam sangkar, dan ditambah pula pengawal
untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar
itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang
diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik…
Anda sudah selesai membaca? Marah? Geram? Maaf kerana
mewujudkan perasaan itu.....:)
Diharap perkongsian daripada artikel ini boleh menjadi hint
berguna untuk semua, khususnya insan bergelar wanita....
"Kerana dirimu begitu berharga..."
Perempuan memang tak guna!
Reviewed by Drama Malaysia, Waktwo
on
April 01, 2012
Rating: