Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Ayat entri ni mungkin kasar sedikit, izinkan Aminin guna perkataan "aku' dan "korang" rasa lebih selesa sikit nak terangkan.
Entri aku kali ini insyaAllah akan ringkas sahaja. Artikel ini mengenai sejauh mana browser internet yang korang guna tu akan menyusahkan korang sendiri. Bagi yang menggunakan sebuah komputer peribadi untuk melakukan urusan harian termasuk bersosial di internet, tahukah korang bertapa bahayanya bila komputer atau notebook korang tu digunakan oleh orang lain (termasuk kawan-kawan) apa lagi jika laptop korang dicuri oleh orang lain?
Kita ambil contoh terdekat, Facebook. Tiap kali korang dah taknak main, korang akan logout dan korang rasa amat yakin yang akaun Facebook korang takkan dapat diakses oleh sesiapa lagi walaupun orang tersebut menggunakan laptop korang sendiri. Ok, agak logik di situ sebab korang memang dah buat apa yang patut korang buat. Nak lebih selamat lagi, korang pun clear cache dan cookies semua nak bagi betul-betul selamat. Takut member korang hijack akaun korang dan tulis status macam-macam la ni ye? Hehe.
Percayakah, sebenarnya orang yang menggunakan komputer kita dapat mengetahui segala jenis password kita dengan begitu mudah sekali. Tiada apa-apa software yang diperlukan dan ianya tidak memerlukan sebarang kepakaran dalam bidang hacking dan sebagainya. Mari lihat sedikit penerangan yang sempat aku buat ini.
Contohnya, jika korang menggunakan Firefox (tidak kira apa version sekalipun) sebagai browser utama yang mengedalikan segala aktiviti harian korang di internet, cuba buat apa yang akan ditunjukkan ini.
2. Klik pada tab, Security dan klik pada Saved Password
3. Segala website yang pernah korang login akan tersenarai bersama username
Tadaaa!! Semua akaun yang pernah korang akses akan tersenarai satu-persatu lengkap dengan username dan juga password dan perkara ini dapat dilihat oleh sesiapa sahaja yang mempunyai akses ke dalam sistem komputer korang. Kalau ikut logik, di komputer kita sendiri pastinya kita akan “remember” semua password website yang pernah kita daftar bukan? Siapa yang nak susahkan diri sendiri padahal online di komputer milik sendiri.
Dari sini, harap para pembaca akan nampak betapa bahayanya bila korang memberikan kebenaran kepada sesiapa sahaja untuk menggunakan komputer korang tidak kiralah pada kenalan yang korang kenal atau lebih lagi mereka yang tidak korang kenal.
Untuk itu, hati-hati dan pastikan, komputer peribadi korang tu benar-benar peribadi dan dalam dunia ni, hanya korang seorang yang menggunakannya. Jangan terlalu murah hati beri orang lain pinjam atau kebaikan korang, selalunya akan diibaratkan sebagai melepaskan anjing yang tersepit.
Kalau dah terpaksa sangat beri pada orang lain pinjam lebih-lebih lagi pada orang yang korang curiga, delete la semua simpanan username dan password korang tu dulu.
Dari sedikit research yang aku lakukan, ramai antara kita semua yang tidak mengetahui perkara ini even seorang yang bergiat aktif dalam dunia perkomputeran. Dan kalau ada antara korang yang dah tahu pasal perkara ini, baguslah dan terus berhati-hati dan pada yang baru tahu, ini masa untuk korang bertindak dan lebih berhati-hati.
Tapi bagaimana nak selesaikan masalah di atas tanpa perlu memadam semua password yang dah korang save? Ye lah kalau padam karang, takut korang sendiri pun lupa apa password yang dah korang padam tadi tu. Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, Firefox didatangkan dengan satu fungsi dipanggil “Master Password”.
Kalau korang refer gambar pada point nombor 2, korang akan nampak satu button yang dipanggil Master Password. Jadi set’kan Master Password ini dan lepas ni, untuk view senarai username dan password yang tersimpan, korang akan diminta untuk memasukkan Master Password terlebih dahulu. Apapun pastikan Master Password ni korang akan ingat sampai bila-bila kerana kalau korang sendiri lupa, takkan ada sesiapa yang dapat membantu.
Untuk sesiapa yang dah nengok tapi ruangan username dan password tu kosong sahaja, itu bermakna korang tak pernah save apa-apa password atau korang sedang menggunakan browser baru atau mungkin komputer baru. Untuk itu, lepas ni pastikan korang lebih berhati-hati dalam apa jua yang dilakukan.
Semoga artikel yang aku sampaikan ini bermanfaat kepada mereka yang memerlukan. Teehee!
SUMBER

1. Pergi ke Firefox Setting
2. Klik pada tab, Security dan klik pada Saved Password
3. Segala website yang pernah korang login akan tersenarai bersama username
4. Sekarang klik pada, Show Password dan lihat sendiri apa hasilnya.

Browser Internet Menyusahkan Anda?
Reviewed by Drama Malaysia, Waktwo
on
November 22, 2012
Rating: