Captcha pada Facebook.
CAPTCHA disebut sebagai (cap-ch-uh) yang merupakan singkatan dari “Completely Automated Public Turing test to tell Computers and Humans Apart” adalah sejenis kaedah challenge-respons untuk memastikan bahawa respon yang dihasilkan hanya boleh dibuat oleh manusia dan bukannya komputer. Dengan erti kata lain, CAPTCHA adalah pengesahan kata ujian yang dimasukkan dari suatu bentuk sign-up seperti sign up akaun Gmail, Yahoo, Facebook dan banyak lagi.
Setiap pengguna internet akan mempunyai pengalaman CAPTCHA dan mereka terpaksa menempuh walaupun ada sesetengahnya menggangap ianya sangat menyusahkan, tetapi tidak semua yang menyedari tentang revelan penggunaan kaedah ini. Jadi dalam posting kali ini saya akan rumuskan tentang bagaimana CAPTCHA bekerja dan mengapa mereka digunakan.
Apa Tujuan Yang Paling Tepat CAPTCHA Digunakan?
CAPTCHA digunakan terutamanya untuk mengelakkan perisian automatik (bot) dari melakukan tindakan sama seperti manusia melakukan sign up atau login dan sebagainya. Misalnya ketika sign up untuk akaun e-mel baru, anda akan menemui CAPTCHA di bahagian bawah sign-up, Ini sebenarnya untuk memastikan bahawa form tersebut hanya boleh diisi oleh manusia dan bukannya perisian automatik atau komputer bot. Cuba anda bayangkan adalah mustahil bagi bot untuk meneka tepat CAPTCHA yang dihasilkan. Jika kaedah ini tidak digunakan, maka bertambah banyaklah akaun yang dihasilkan oleh bot.
CATPCHA kadang kala sangat annoying dan mungkin menyebabkan pengguna malas untuk sign up sesuatu form. Jika anda adalah pentadbir/devoloper sistem, maka CAPTCHA mesti digunakan kerana ianya memiliki kemampuan untuk melindungi sistem daripada serangan berbahaya di mana sesetengah hackers/crackers akan cuba mempermainkan sistem anda dengan mencipta perisian atau sebuah aturcara (program) yang boleh sign up secara automatik. Sebagai contoh, hackers/crackers boleh menggunakan software automatik untuk menghasilkan sejumlah kuantiti akaun tertentu malah mungkin jumlah yang infiniti sehingga menyebabkan beban yang sangat tinggi pada pelayan target. Ini secara tidak langsung menurunkan kualiti perkhidmatan sistem tertentu. Hal ini boleh menjejaskan berjuta-juta pengguna yang sah dan permintaan mereka.
Perancangan Sistem CAPTCHA
Sebenarnya idea CAPTCHA ini diambil dari teori manusia itu sendiri bahawa manusia lebih bijak dari sistem. Hal ini kerana komputer tidak memiliki kemampuan visual yang nyata seperti manusia yang mempunyai pemikiran yang berperasaan. Manusia melihat dan mentafsir melalui perasaan sedangkan komputer tidak. Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan oleh pencipta CAPTCHA seperti pengesahan melalui gambar/imej yang kadang kala manusia sendiri sukar untuk mengenalpasti apakah gambar/imej tersebut (ini sebenarnya menguji respon taksiran manusia dan adalah mustahil komputer mampu mentafsir seperti manusia mentaksir).
Memecahkan CAPTCHA
Cabaran dalam memecahkan CAPTCHA adalah sangat sukar dalam memastikan komputer mampu untuk memproses maklumat dalam cara yang seakan sama seperti manusia berfikir. Algoritma dengan kecerdasan buatan/Artificial Intelligence (AI) mesti dirancang untuk membuat komputer berfikir seperti manusia ketika berhadapan dengan gambar/imej. Namun saya yakin setiap security yang dibuat pasti ada yang mampu memecahkannya kerana saya selalu berpegang prinsip bahawa tiada satu pun sistem di dunia ini yang perfect yang mampu dilakukan oleh manusia sejagat.
CLICK SINI
sumber
CAPTCHA?
Reviewed by Drama Malaysia, Waktwo
on
November 28, 2012
Rating: