Diary Seorang Isteri (Lelaki Mesti Baca!!)

Bace sampai abis ,,tak rugi kut.. amalan membaca.. Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri. "Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa. Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu. Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa. Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa. Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri. "Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru. Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA" Assalamualaikum. Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA. Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita. Wassalam. Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua. Doakan Nisa. Ikhlas dari Nur Nisa Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA. Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa.... cerita ni hadah ad potong2.. sbb trlalu panjang.. yg full ada kat sini http://www.facebook.com/home.php?#!/note.php?note_id=109539419084094&id=349417078340&r ef=mf

Anda Pasti Menangisssssssssssssss..................

Pagi Jumaat.... Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain. Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia" Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah" "Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat" "Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun" Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini" Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?" Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!" "Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?" Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. "Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu" Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. "Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi". "Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu" "Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar". "Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi". "Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka" Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu! TAKBIR!! ALLAHUAKBAR! Wassallam

Banggalah Kita Dengan Bahasa Melayu

Berikut adalah bahasa pertuturan utama di dunia beserta bilangan penuturnya. Bahasa...................................Bilangan Penutur (Orang) 1. Bahasa Cina........................1000 juta orang 2. Bahasa Inggeris....................450 juta orang 3. Bahasa Hindi........................310 juta orang 4. Bahasa Sepanyol..................300 juta orang 5. Bahasa Arab........................180 juta orang 6. Bahasa Melayu...................130 juta orang 7. Bahasa Perancis....................115 Juta orang Berbanggalah kita kerana bahasa Melayu ternyata mempunyai bilangan penutur sehingga 130 juta orang. Antara negara yang menggunakan bahasa Melayu ialah Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Akhir kata: Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa, Indah tampang kerana budi, Tinggi darjat kerana bahasa. Sumber: http://www.ehoza.com/v4/forum/info-sejarah/117982-banngalah-kerana-kita-penutur-bahasa-melayu.html

Puasa tetapi tidak solat

SOLAT adalah ibadat yang wajib dilakukan sama ada dalam keadaan sihat atau sakit. Lirik lagu nasyid berjudul ‘Harapan Ramadan’ dendangan Kumpulan Raihan jelas menggambarkan bulan Ramadan merupakan bulan yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam yang beriman. Ini kerana padanya terdapat limpahan kerahmatan, keampunan dan ganjaran Allah yang diberikan khusus kepada hamba-Nya yang berpuasa. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: “Bulan Ramadan, bulan rahmat telah datang kepada kamu. Di mana Allah SWT telah berpaling kepadamu dan menurunkan ke atasmu rahmat yang istimewa, mengampunkan akan kesalahan-kesalahan, memperkenankan akan doa-doa, melihat di atas perlumbaan-perlumbaanmu bagi mendapatkan kebaikan yang besar dan berbangga-bangga kepada malaikat-malaikat mengenaimu. Maka tunjukkanlah akan kebaikan-kebaikan daripada kamu. Kerana sesungguhnya orang yang paling ‘dikasihani’ dan paling malang ialah seseorang yang terluput daripada rahmat Allah dalam bulan ini”. (riwayat at-Tabrani) Bulan yang istimewa dan penghulu segala bulan ini hanya datang sekali dalam setahun. Setiap kali kemunculannya ia disambut dengan penuh kegembiraan oleh umat Islam seluruhnya. Malah, setiap umat Islam yang beriman, menantinya dengan penuh debaran dan harapan. Peluang untuk beribadah dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda pada bulan ini. Mereka tidak lepaskan dengan begitu saja. Mereka bagaikan ingin terus mendampingi Ramadan buat selama-lamanya. Mungkin agak pelik jika ada antara kita di kalangan umat Islam yang sanggup menahan lapar dan dahaga di bulan penuh keberkatan ini semata-mata memenuhi tuntutan Allah kepada hamba-Nya yang beriman, tetapi tidak mendirikan solat. Pengendali laman soal-jawab agama, www.ilmudanulamak.blogspot berkelulusan Universiti Al-Azhar, Ahmad Adnan Fadzil berkata, para ulama berbeza pandangan tentang hukum meninggalkan solat kerana malas atau segan (iaitu masih mengakui kewajipan solat, cuma ia malas melakukannya). Imam Ahmad berpandangan ia adalah kafir manakala Jumhur ulama pula bersependapat ia adalah fasiq iaitu melakukan dosa amat besar. Jika berpegang kepada pandangan Imam Ahmad tersebut, maka sebahagian ulama hari ini (terutamanya dari Arab Saudi seperti Sheikh Bin Baz, Ibnu Usaimin dan sebagainya) berpendapat, orang yang tidak menunaikan solat fardu, tidak sah puasanya, malah juga ibadah-ibadahnya yang lain (zakat, haji, sedekah dan amal-amal soleh selainnya) sehinggalah ia bertaubat kepada Allah dan kembali mengerjakan solat. Adapun berdasarkan pandangan jumhur ulama (yang tidak menghukum kafir orang yang meninggalkan solat itu), puasa orang itu sah jika ia memenuhi rukun-rukun puasa yang ditetapkan dan tidak melakukan sebarang perkara yang membatalkan puasa. Maksud sah di sini ialah dia tidak dituntut lagi menggantikan puasanya. Namun perlu dipersoalkan adakah puasanya itu diterima oleh Allah sedangkan ia telah mengabaikan ibadah yang cukup besar dalam Islam iaitu solat? Tidak semua ibadah yang sah diterima oleh Allah. Contohnya, seseorang yang mengerjakan solat dengan riak, solatnya sah (dari sudut fiqh) apabila cukup syarat-syarat dan rukun-rukunnya, namun solatnya ditolak oleh Allah kerana riak tersebut. Sheikh ‘Atiyah Saqar menulis dalam fatwanya; “Sesiapa berpuasa tanpa mengerjakan solat, puasanya adalah sah dan tidak wajib ia mengulanginya. Akan tetapi dari segi penerimaan (Allah) terhadapnya, maka hadis Nabi SAW menunjukkan ia tidak diterima”. Hadis yang dimaksudkan ialah yang bermaksud: Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan melakukan pendustaan, maka bagi Allah tidak ada keperluan dalam ia meninggalkan makan dan minumnya (iaitu Allah tidak berhajat kepada puasanya). (riwayat Imam Bukhari, Abu Daud dan at-Tirmizi). Puasa ditolak Daripada mafhum hadis di atas, jika dengan kerana akhlak mazmumah (kata-kata dusta dan sebagainya) telah pun menyebabkan puasa ditolak oleh Allah, maka lebih-lebih lagilah dengan meninggalkan solat fardu yang dosanya amatlah besar, berkali-kali ganda lebih besar dari dosa kerana akhlak mazmumah itu. Namun, itulah yang berlaku dalam realiti masyarakat Islam kini apabila mereka tidak mengendahkan tuntutan utama agama Islam selepas mengucap dua kalimah syahadah yang mengakui tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Bertepatan dengan firman Allah SWT bermaksud: Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. (al-Baqarah: 45) Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, Md. Ali Sarbini memberitahu, menjadi satu perkara aneh jika sekiranya seseorang itu sanggup bertahan untuk berpuasa tetapi mengabaikan solat. Menurutnya, keadaan sebegitu adalah satu perkara yang tidak tepat atau selari dengan kehendak agama yang berlandaskan kepada rukunnya yang lima sebagai pegangan setiap penganutnya. Jelas Md. Ali, rukun Islam itu berkaitan antara satu sama lain serta saling sempurna dan menyempurnakan. Jika salah satu daripada rukun itu tidak dilaksana, maka pincanglah agama. Sebagaimana sabda nabi SAW bermaksud, “Sesungguhnya yang paling mula-mula dihisab pada seorang hamba di hari Kiamat daripada amalannya ialah solat . Sekiranya solatnya baik, maka dia akan berjaya dan selamat. Sekiranya solatnya rosak, maka dia akan kecewa dan rugi”. (riwayat At Tirmizi, An Nasaei dan Ibnu Majah ). Kata Md. Ali, orang yang bersyahadah mesti dibuktikan dengan mengerjakan sembahyang, orang yang sanggup bersembahyang mesti dibuktikan dengan berpuasa, orang yang sanggup bersyahadah, bersembahyang dan berpuasa mesti sanggup mengeluarkan wangnya untuk diberikan kepada orang lain. “Begitu juga orang yang sanggup mengeluarkan wang untuk membayar zakat, sanggup pula mengeluarkan wang untuk menunaikan haji…jadi rukun yang lima ini saling berkait. “Oleh itu, menjadi satu perkara aneh sekiranya berlaku orang berpuasa tetapi tidak sembahyang seolah-olah tidak bertolak dari bawah. Ini yang banyak berlaku dalam masyarakat,” katanya kepada MEGA, baru-baru ini. Bagaimanapun, menurut Md. Ali, ibadat puasa yang dilaksanakan oleh orang seperti ini tetap sah di sisi Islam walaupun ia tidak mendirikan solat kerana Islam merupakan agama praktikal. “Tetapi dia berdosa kerana meninggalkan sembahyang. Akan tetapi puasa itu tidak menjadi sempurna sebagai matlamat untuk membentuk masyarakat yang baik. Jadi sebaik-baiknya teruskan puasa dan laksanakan sembahyang untuk mengimbangi tuntutan agama. “Jangan jadikan alasan berpuasa sebagai salah satu sebab untuk meninggalkan sembahyang seperti sesetengah orang berpuasa yang hanya tidur sepanjang hari bermula sahur sehingga berbuka bagi mengelakkan rasa lapar,” katanya. Bagaimanapun, Md. Ali menjelaskan, walaupun terdapat umat Islam yang berpuasa tetapi tidak bersembahyang, ia tidak boleh dikatakan sebagai satu adat atau trend yang berlaku dalam masyarakat kini. Ini kerana katanya, ibadat puasa dilaksanakan dengan baik sekali gus membuktikan keimanan dan ketaatan terhadap suruhan Allah. “Orang yang berpuasa walaupun tidak sembahyang masih mempunyai nilai-nilai keimanan dalam dirinya kerana mereka masih sanggup meninggalkan makan dan minum sepanjang hari. “Hanya orang yang betul-betul beriman sahaja sanggup melakukan tuntutan Allah ini, mereka tetap mendapat ganjaran pahala daripada yang Maha Esa di atas ketaatan berpuasa tetapi dosanya meninggalkan sembahyang tetap dikira oleh Allah,” jelasnya. Bagaimanapun, Md. Ali turut menjelaskan, terdapat juga umat Islam yang berpuasa amat rajin melakukan ibadat di bulan rahmat ini tetapi tidak diteruskan amalan-amalan baik itu pada bulan-bulan lain. Katanya, amalan terbaik di bulan puasa adalah berpuasa itu sendiri sebagai satu petanda menambahkan dan menggambarkan keimanan kepada Allah. “Kita sanggup mendengar perintah Allah melalui al-Quran pada bulan mulai ini untuk meninggalkan perkara-perkara yang harus dilakukan di luar bulan puasa untuk beriman kepada Allah. Bulan puasa “Jadi malang bagi sesiapa yang boleh bertahan berpuasa serta beribadah dengan melakukan amalan berlipat kali ganda, namun di luar bulan puasa mereka kembali kepada tabiat lama mereka dengan meninggalkan segala suruhan dan menolak perintah Allah,” tambah beliau. Mengulas lanjut, Md. Ali berkata, bulan Ramadan seharusnya menjadi pendorong kepada umat Islam untuk mengekalkan sikap yang baik dan amalan mulia yang dilaksanakan sepanjang masa, tidak mengambil kira kebaikan ganjaran yang diterima hanya berdasarkan kemuliaan bulan tersebut. Amat janggal sekiranya kita tidak meneruskan amalan seperti berpuasa sunat dan apa yang menyedihkan lagi al-Quran ditinggalkan langsung sehingga Ramadan datang lagi. Sudah tentu ia tidak dikehendaki oleh Islam. Sekiranya tidak berlaku penerusan amalan di bulan lain, Md. Ali berpendapat, besar kemungkinan amalan yang dilaksanakan di bulan puasa tidak memberi kesan kepada kehidupan mereka itu. “Seumpama pelajar universiti yang tamat belajar tetapi melakukan jenayah seperti mencuri, ini menunjukkan pendidikan di universiti itu tidak memberi kesan kepada dirinya,” jelas beliau. Hakikatnya bulan Ramadan adalah bulan yang sepatutnya menjadikan umat Islam agar lebih produktif, proaktif, aktif dan bertenaga berusaha menjanakan kekuatan untuk memperbanyakkan ibadah dan mentaqarrubkan (mendekatkan) diri kepada Allah. Hikmah puasa disyariatkan pula adalah untuk meningkatkan pengabdian dan perdampingan diri kepada Allah. Sebarang ibadat yang dilakukan oleh seseorang tetap akan menyebabkan dirinya lebih hampir kepada Allah. Kasih sayang Allah terhadap hamba-Nya dan hamba pula menghampirkan diri kepada-Nya akan menjauhkan mereka daripada maksiat, mendekatkan diri kepada mentaati-Nya, dan segera membuat amal kebajikan. Oleh itu, mereka sentiasa dalam keadaan yang betul dan kehidupan yang sempurna. Semoga puasa yang kita lakukan diterima sama ada puasa perut daripada makanan, faraj daripada mengikut syahwat, mata daripada memandang yang haram, telinga daripada mendengar yang haram, tangan daripada mengambil yang haram, kaki daripada pergi ke tempat yang dimurkai Allah, lidah daripada segala kata nista dan cela dan seterusnya hati daripada nifak dan segala sifat mazmumah (yang tercela). Insya-Allah takwa daripada ibadat puasa akan bersama dengan kita. Oleh SITI MAISARAH SHEIKH ABD. RAHIM Mutiara Hati* - Verily, only in the remembrance of Allah do hearts find rest...

# ISKANDAR ZULKARNAIN BUKAN ALEXANDER THE GREAT

ISKANDAR Zulkarnain bukan Alexander The Great. Kedua-duanya amat berbeza, kecuali kekeliruan sejarah yang menganggap mereka berdua sama orangnya. Kekeliruan ini ditimbulkan kerana ciri perkasa dalam cara mereka berperang dan menakluki dunia, sehingga tidak dapat membezakan akhlak dan visi mereka berdua. Bila kita menonton filem Alexander, jelas menunjukkan perbezaan akhlak mereka. Alexander berkubang dengan nafsu bila mengahwini Roxana yang dalam satu adegan bertelanjang bulat. Jelas ini bukan tingkah laku Iskandar Zulkarnain. Filem Alexander dicipta dari segi visi Kristian. Ini boleh dilihat dari sudut usianya. Alexander mencapai segala kejayaannya dalam usia 33 tahun atau 35 tahun, menyerupai pencapaian keagamaan oleh Nabi Isa yang wafat atau diangkat ke hadrat Allah dalam usia 33 tahun. Walaupun ini tidak disebut, itulah yang disampaikan secara halus. Nama Zulkarnain, disebut dalam Surah al-Kahfi ayat 89-99, apabila Zulkarnain tiba di Armenia, penduduknya meminta pertolongan kerana selalu dianiaya oleh kaum yang dinamakan Ya’juj dan Ma’juj atau Gog-ma-Gog. Zulkarnain mendirikan dinding campuran besi dengan tembaga sebagai sempadan atau halangan daripada kaum Ya’juj dan Ma’juj itu, tanpa mengambil upah sedikit pun. Zulkarnain juga menyaksikan matahari terbit iaitu untuk menghayati kebesaran Allah SWT dan matahari terbenam di barat. Alexander tidak berakhlak seperti Zulkarnain. Alexander dengan tenteranya yang besar membawa malapetaka kepada negara yang diserangnya. Di Mesopotamia atau Iraq, Alexander meruntuhkan Babylon dan menghanguskan kota Persepolis yang hebat itu. Walaupun Alexander membuka kota Alexanderia di Mesir, kebanyakan kota strategik, termasuk Kaherah dimusnahkan. Kota Alexanderia atau Iskandariah dirikan kerana kepentingan pelayaran di Laut Mediteranean untuk ke Greece dan menguasai lautan itu. Perbezaan paling ketara antara kedua-duanya, Zulkarnain beragama Islam mengikut syariat Nabi Ibrahim sedangkan Alexander tidak beragama atau menganut fahaman Hellas atau Hellenism, suatu fahaman dalam masyarakat Greek waktu itu. Macedonia adalah sebuah negeri dalam Greece. Zulkarnain memerangi kezaliman, penganiayaan dan menegakkan kebenaran, agama dan kemanusiaan, sedangkan Alexander menyerang untuk keagungan diri, memusnahkan kemanusiaan dan menghambakan manusia. Jangan samakan Alexander dengan Zulkarnain yang memang agung menjadi contoh perjuangan untuk membina negara Islam kepada Nabi Muhammad SAW. Kisah Zulkarnain termaktub dalam wahyu Allah SWT, Alexander hanya dicatat dalam sejarah Eropah sebagai penjajah dan pemusnah kemanusiaan di seluruh dunia.

sengal Otak

sengal otak

Ahmad dan Ludin berjalan seiringan menuju ke suatu tempat. Ahmad menyandang sebuah beg besar di belakangnya. "Hai, Ahmad, " Ludin menyapa. "Apa ada di dalam beg kamu?" "Ayam", Ahmad menjawab. "Kalau aku teka berapa jumlahnya, boleh kau berikan aku satu daripadanya?" Tanya Ludin lagi. "Kau boleh miliki kedua-duanya" Balas Ahmad. "Baiklah, aku teka ada lima kesemuanya. Betul tak?"

(Top Secret) Cara Mendapatkan Password FACEBOOK

6:06 PM Posted by Viral Sohor View Comments

(Top Secret) Cara Mendapatkan Password FACEBOOK kawan anda

Bahan-bahan: 1) Satu batang pen hitam 2) Hanpon 3G 3) Getah 4) Kertas Cara-caranya 1) Apabila rakan anda sedang bermain FACEBOOK bersebelahan anda, ambil pen hitam tadi, dan buat-buatlah menulis. 2) Ambil getah tadi, dan llastik cicak yang ada di syiling. 3) Sambil kawan sedang bermain FACEBOOK, gunkan hanpon 3G anda untuk bersembang-sembang dengan pakwe/makwe korang 4) agak-agak dah 1 jam bersmbang, matikan telefon. 5) Selepas habis, korang boleh bertanyakan kat kawan korang tadi "..eh, apa password FACEBOOK ko ha?" Mesti dapat penyer... dapat MAKI!..hahaha..kuikuikui..kena...kena!!! P/s: jangan mara, aku pon terkena gak..haha..tulah, sibuk sgt nak tau password orang lain :P

Rahsia Jantina PC/LAPTOP Korang

Rahsia Jantina PC/LAPTOP Korang

1. buka notepad paste ayat ni, CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU" 2. Pastu save as i love u.vbs 3. Tutup notepad setelah save then double klik dengar suara 'i love u' melalui bunyi tu.jantan ke betina Selamat Mencuba

Kenali Peribadi Melalui Buah-Buahan

"Cara ini sudah dicuba dan kebenarannya sudah terbukti. Pilihan anda menunjukkan keperibadian anda. Anggap diri anda saat ini sedang memasuki sebuah rumah kecil di tepi sungai di tengah hutan tebal. Setelah Anda buka pintunya dan masuk, didalamnya terdapat: 7 tempat tidur kecil di sebelah kanan di sebelah kiri, terdapat meja makan yang dikelilingi 7 kerusi kecil. Di tengah-tengah meja terdapat sebuah bekas dengan 6 macam buah. Buah-buahan tersebut terdiri daripada: a. epal b. pisang c. jeruk d. mangga e. rambutan f. papaya Buah manakah yang akan anda pilih? Pilihan anda akan menunjukkan sifat-sifat peribadi anda! Berfikirlah dengan berhati-hati. keputusan kat bawah... Ini dia jawapannya.. . a. jika anda pilih epal: bererti Anda adalah orang yang suka makan epal b. jika anda pilih pisang: bererti Anda adalah orang yang suka makan pisang c. jika anda pilih jeruk: bererti Anda adalah orang yang suka makan jeruk d. jika anda pilih mangga: bererti Anda adalah orang yang suka makan mangga e. jika anda pilih rambutan: bererti Anda adalah orang yang suka makan rambutan f. Jika anda pilih papaya: bererti Anda adalah orang yang suka makan papaya terima kasih kerana sudi membaca...

Satu Cerita Cinta

Satu Cerita Cinta

Di hari ia melahirkan cintanya Ia berkata kepada kekasihnya "Kita tidak usah berjanji untuk setia kerana kita tidak mahu setia kerana janji kita akan setia kerana cinta hanya kerana cinta..." Di hari perkahwinannya Ia berkata kepada isterinya "Perkahwinan ini adalah ikatan tapi kita tidak usah terikat kerananya kita terikat kerana cinta hanya kerana cinta..." Di hari-hari kemudiannya Ia berkata kepada dirinya "Perkahwinan kadang-kadang mengajar kita melupakan cinta untuk belajar hidup bersama."

Mati akibat bau kasut..

8:53 PM Posted by Viral Sohor View Comments
Tahukah anda ,kasut itu boleh membuatkan sesuatu hidupan itu keracunan. Tak percaya? | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | V V V

Pekerja zmn skarang....

Bila boss tiada di pejabat : Bila boss panggil : Bila kena hadiri mesyuarat : Bila waktu rehat : Bila dapat projek baru dari boss : Bila tengah cari idea untuk projek baru : Bila projek yang boss bagi susah nak buat : Bila otak jam... : Bila 'client' banyak songeh dan berlagak pandai : Bila 'client' tukar fikiran saat akhir : Bila boss suruh kerja lebih masa (OT) : Boss suruh datang pejabat waktu cuti ada projek 'urgent' : Bila dah terbuat silap pada projek yang boss bagi : Bila projek disiapkan dengan jayanya : Bila projek gagal : Bila dapat gaji : HAPPENING!!!

10 PERKARA - BUKTI LELAKI KADANG-KADANG RUMIT

1. Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya. Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong. 2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya. Jika tidak, dia kata kamu kekampungan. 3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala. Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi. 4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka. Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat. 5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian. Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu. 6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan. Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya. . 7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh. Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat. 8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai. Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa. 9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam. Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk dijaga hati. 10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua ini tidak benar.

Hasil Seni Yang Hebat Tanpa Gunakan Photoshop

Photoshop memainkan peranan yang sangat penting untuk menjadikan sesebuah gambar itu melampaui tahap luar biasa. Tanpa bantuan photoshop banyak gambar yang kelihatan seperti biasa dan bosan sahaja. Berbeza dengan forced perspective photography, ia mampu untuk menjadikan sesebuah gambar itu sangat luar biasa tanpa bantuan photoshop. Tak percaya sila baca sampai habis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...