[Gambar] Kisah Tragis Burung Meratapi Pemergian Pasangannya

Saat-saat pasangannya menanggung kesakitan yang cedera akibat kemalangan ketika terbang rendah di jalanan. Ia amat gelisah dan cuba memberi pertolongan.
Ketika ini juga ia sempat membawa makanan kepada pasangannya dengan perasaan cinta dan kasih sayang.
Ia membawa makanan lagi, namun pasanganya telah pun pergi meninggalkannya dan ia cuma mampu mengdakapinya.
Ia mencuba lagi menggerakkannya, namun takdir Ilahi pasangannya tetap pergi dan ia mampu menangis dengan alunan suara cintanya
Menyedari pasangannya telah pergi untuk selama-lamanya dan tidak kembali lagi, ia hanya mampu meratapinya.
Akhirnya ia sedar, yang pergi tak akan kembali lagi, ia ingin dekat dengan pasangannya berada di sisinya seolah-olah tidak merelakannya pergi.
Foto yang menyentuh perasaan ini begitu popular di Amerika dan Eropah. Jurukamera mengaut keuntungan dengan menjual kepada surat khabar terkenal Perancis dan akhbar terbabit habis terjual kerana foto-foto ini. Hargailah kejadian-Nya. "Kadang-kadang binatang berperangai seperti manusia, tetapi manusia selalu berperangai seperti binatang"...

dugaan ALLAH...ada hikmah terselindung..

8:14 PM Posted by Md Apiz View Comments

KENAPA AKU DIUJI?? "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman,"sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Diamengetahui org2 yg dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3) KENAPA AKU x DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?? "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " (Surah Al-Baqarah ayat 286) RASA FRUST?? "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." (Surah Al-Imran ayat 139) BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? ? "Wahai orang-orang yang beriman!Bersabarlah kamu(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, dimedan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). " (Surah Al-Imran ayat 200) "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat 45) APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?? "Sesungguhnya Allah telah membeli drpd org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikansyurga utk mereka... (Surah At-Taubah ayat 111) KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?? "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. " - (Surah At-Taubah ayat 129) AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!! "...dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah"

5 LARANGAN DALAM TIDUR

5 LARANGAN DALAM TIDUR : 1. JANGAN TIDUR MENGENAKAN JAM TANGAN Jam boleh menimbulkan radioaktif, walaupun hanya sedikit, tapi kalau terlalu lama memakainya boleh mendatangkan bahaya. 2. JANGAN TIDUR MEMAKAI BRA (WANITA N MAKNYAH) Para ilmuwan di Amerika menyatakan bahawa pemakai bra diatas 12 jam, boleh mengakibatkan kanser Payudara 3. JANGAN TIDUR MEMBAWA TELEFON BIMBIT ANDA Gelombang Medan magnet yang ditimbulkan oleh alat electronik ini, mampu merosakkan system syaraf kita 4. JANGAN TIDUR MENGENAKAN MAKE-UP Hal ini dapat menimbulkan masalah pada kulit kita, kerana kulit tdk dpt bernafas 5. JANGAN TIDUR DENGAN ISTERI / LAKI ORANG Boleh menyebabkan kita tidak bangun pagi (kerana dibunuh suami / isterinya)

Mengapa Doktor Bedah memakai Baju Hijau?

Dalam bilik bedah seringkali kelihatan doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan. Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk. Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau memang sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah. Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan. Melihat warna merah terus menerus menyebabkan sinyal warna merah di otak memudar sensiviti terhadap variasi warna merah. Alasan lainnya adalah, terus-menerus berfokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor. Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor.

Kewujudan Ayam & Telor dahulu sudah terjawab

6:17 PM Posted by Md Apiz View Comments
"Mana yang lebih dahulu, ayam atau telur?" hal ini sudah menjadi pertanyaan paling filosofis mahu punsecara ilmiah selama berabad-abad sebelum ini, tetapi kini sudah terjawab. Para ilmuan telah berjaya memecahkan persoalan teka-teki tersebut dan pastinya jawapan mereka, adalah ayam. Seperti dilaporkan, para penyelidik menemukan bahawa pembentukan kulit telur bergantung pada satu protein yang hanya ditemukan dalam induk telur ayam; ertinya, telur hanya boleh wujud jika berada di dalam ayam. Ia takkan berada ditempat lain. Protein yang disebut ovocledidin-17 atau OC-17 bertindak sebagai katalis untuk mempercepat pengembangan kulit telur itu. Cangkerang keras ini penting sebagai tempat bagi kuning dan putih telur dan para ilmuan daripada Universiti di Sheffield dan Warwick menggunakan super komputer untuk 'zoom in' pembentukan telur tersebut. Komputer yang disebut HECToR itu mengungkapkan bahawa OC-17 sangat penting dalam proses memulakan enzim pembentukan atau tahap awal penciptaan kulit telur. Protein tersebut mengubah kalsium karbonat menjadi kristal kalsit yang membentuk kulit telur. Kalsit kristal ada di berbagai tulang dan tempurung tetapi mereka terbentuk lebih cepat di dalam ayam. Unggas itu mampu menghasilkan 6 gram kulit telur setiap 24 jam. Se orang penyelidik Dr Colin Freeman, dari Jabatan Teknik Material Universiti Sheffield, mengatakan bahawa, "Selama ini orang ramai beranggapan bahawa yang terlebih dahulu wujud adalah telur, tapi kini kita memiliki bukti ilmiah yang menunjukkan bahawa sebenarnya ayamlah yang lebih dulu wujud." "Protein itu sudah lama diidentifikasi dan diketahui terkait dengan pembentukan telur. Ternyata, dengan memeriksanya secara jelas kita dapat melihat cara protein itu mengendalikan proses pembentukan kulit telur. Menarik untuk diketahui bahawa berbagai jenis spesies burung memiliki variasi protein dengan cara pembentukan yang sama," kata Freeman. Penemuan ini telah diadiptasi dari sumber"Structural Control Of Crystal Nuclei By An Eggshell Protein"

Ape Semua ini...

COKE adalah salah satu agen yahudi... Memberi bantuan pada yahudi... Lagi satu ia ada bahan yang xbaik tuk kesihatan dan pada akal kita.. Kalau korang perasan mcd mesti bgi freefill air coke kan.. tpi korg jgn xthu..Org israel sendiri xpernah minum air coke...

Jenis lelaki buaya

Ini tips untuk wanita-wanita, kena berhati-hati dengan jenis lelaki ini. Lelaki-lelaki tersebut boleh membuat hidup anda bermasalah macam mereka juga. * Lelaki yang sering berkata: “Abang memang sayang kat ayang, tapi abang belum bersedia untuk hubungan yang serius”. Amboi dah 3 tahun berkepit sana sini, masih belum bersedia ker? ha..ini lelaki tarak betoi punya. Diorang nak flirt jer, walhal anda belum ada dalam kamus hidup mereka. * Lelaki yang call/sms ikut suka hati diorang jer. Eh ikut suka ati diorang ja nak jumpa kita, nak call kita, bila kita perlu kan dia, bayang pun tak nampak. * Lelaki yang suka ajak dating, tapi bukan dating pon. Paham tak ayat tu? ala, korang tak pernah ker pergi dinner berdua?, jejalan berdua, tengok sunset berdua? Kalau orang lain tengok sure ingat korang couple & tengah bercengkerama. Padahal si lelaki tak pikir pun tu dating. Kepada wanita, jangan asyik keluar kehulur kehilir dgn lelaki sangat. Jatuh saham nanti babe. * Lelaki yang dah ada awek, tapi selalu sms/call n jumpa anda. Ooo ini lelaki paling bahaya, tapi malangnya paling banyak di Malaya. Lelaki jenis ni dah ada awek, tapi wanita lain juga dia nak bermesra. Bila kantoi dengan awek, diorang akan cakap korang kawan jer, takkan nak berkawan tak boleh? Amboi. Kalau setiap malam call, bila awek not around, mula naik tocang. Lelaki jenis ni ternyata buaya tembaga tak laku. * Lelaki yang pikir apa diorang buat semua betoi. Aduhai, pandangan kita semua salah, dia jer yang betol, Diorang ni jenis penting diri sendiri dan tak kan pikir perasaan orang sekeliling termasukla korang. * Lelaki yang blurrrr sentiasa. Contoh nya, lelaki yang tak paham kehendak wanita, even korang cakap terus terang pun dia ingat itu benda remeh ja. Ambil ringan perasaan kita. * Lelaki yang tak tahu kehendak sendiri. Kalau la diorang tak reti nak paham kehendak sendiri, korang ingat diorang boleh paham korang? * Lelaki yang selalu kacau korang, walaupun korang tu tengah busy menyelamatkan dunia. Lelaki suka sangat nak berkepit dengan korang, tak kira la korang keja ke apa ker. Sikit2 call, sms, nak jumpa. Mula-mula korang rasa ok. Tak lama kemudian korang sure tak tahan. Rimas dan lemas. * Lelaki yang suka kutuk lelaki lain, dengan harapan korang tak dekati lelaki yang dikutuk. Sah-sah lelaki ni kuat jeles, dan jangan terkejut diorang ni jenis ngada-ngada. * Lelaki yang tak dapat memberi layanan yang betul untuk seorang wanita. Apa lagi korang harap? buat siksa jiwa jer. nampak sangat lelaki jenis ni sukar nak bahagiakan korang. p/s aku jugak lelaki tapi kalau jumpa lelaki jenis-jenis begini berhati-hati.....

* Korang Suka Awek Jepun?Renung2kan

Hhaha..mesti di antara korang semua mmg menggilai gadis2 dari Negara Matahari Terbit nie disebabkan kecomelan mereka kan tapi adakah anda tahu disebalik wajah mereka,adalah kepalsuan semata2..haha..ini MM bongkarkan segala2nya.. dan banyak lagi penipuan

Haiwan mengikut tarikh lahir..

Tahukah kamu bahawa tarikh lahir mu juga boleh disesuaikan dengan kelompok haiwan seperti arnab, tikus, singa, kucing, merpati, penyu, harimau kumbang dan monyet. Ingin mengenali diri kamu dengan lebih dekat?
Caranya mudah sahaja, kenal pasti bilakah tarikh lahir mu serta lihat kesesuaian haiwan seperti yang telah dikategorikan di bawah! Mmm... pasti kamu akan mengenali diri kamu dengan lebih mendalam selepas ini!
KUCING
01 - 05 Februari
24 - 31 Mac
25 - 30 Jun
27 - 31 Julai
15 - 27 September
17 - 30 November
TIKUS
10 - 24 Januari
16 - 23 Mac
15 - 26 April
01 - 03 Jun
01 - 09 Julai
16 - 25 Ogos
ARNAB
01 - 09 Januari
01 - 03 April
15 - 20 Jun
10 - 15 Julai
28 - 30 September
01 - 16 Disember
SINGA
25 - 31 Januari
13 - 15 Mac
22 - 31 Mei
01 - 16 November
MERPATI
06 - 14 Februari
14 - 21 Mei
16 - 26 Julai
01 - 14 September
26 - 31 Disember
PENYU
15 - 21 Februari
27 - 30 April
04 - 14 Jun
26 - 31 Ogos
16 - 27 Oktober
MONYET
01 - 12 Mac
01 - 13 Mei
21 - 24 Jun
01 - 15 Ogos
01 - 15 Oktober
17 - 25 Disember
HARIMAU KUMBANG
22 - 28 Februari
04 - 14 April
28 - 31 Oktober
ARNAB
Individu yang tergolong dalam kategori ini ternyata memiliki penampilan yang menarik dan kebiasaannya popular di kalangan teman-teman. Sikap mu yang mudah bergaul menjadikan kamu antara individu yang mudah didekati dan bijak berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tanpa mengira batasan usia mahupun bangsa. Sikap tenang dan bijak yang sememangnya jelas ada pada diri kamu itu juga sering mendapat perhatian ramai dan tidak hairanlah sekiranya kamu sering dipertanggungjawabkan untuk menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu tugasan secara berkumpulan.
KUCING
Pemalu dan comel, itulah karakter yang mampu dilihat dengan jelas pada individu yang terdiri dari kelompok ini. Adakalanya individu ini lebih gemar mengikut orang lain dan kurang gemar untuk memulakan bicara atau berbual dengan individu yang tidak di kenalinya. Mereka juga terlalu berhati-hati dalam memilih teman. Dari sudut pandangan lain, ternyata individu dari kategori ini sentiasa bersikap baik hati kepada sesiapa sahaja.
MONYET
Keperibadian individu dari kategori ini sentiasa menarik perhatian ramai. Kamu juga sentiasa memiliki perwatakan yang ceria dan agresif. Sikap ceria itu telah menarik minat ramai orang di sekeliling mu untuk menjalinkan ikatan per sahabatan denganmu. Tidak hairanlah sekiranya individu dari kategori ini memiliki ramai teman dan sentiasa bijak menyesuaikan diri walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang gemar bergosip ada kalanya agak kurang menyenangkan sesetengah pihak. Bagi kamu, itu semua tidak penting! Prinsip hidup kamu, "hidup mesti ceria!" Selain itu kamu juga gemar menarik perhatian orang di sekeliling dan sentiasa ingin menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu perkara.
HARIMAU KUMBANG
Sikap misteri mu agak menggusarkan orang di sekeliling mu. Walau bagaimanapun kamu tetap memiliki ramai teman. Emosi mu yang sering berubah-ubah menjadikan individu di sekeliling mu sentiasa berhati-hati ketika bersama dengan mu. Selain itu, kamu juga sering dikaitkan dengan pelbagai gosip. Berdasarkan keperibadian yang kamu miliki, ternyata kamu sesuai memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua.
TIKUS
Diam-diam ubi berisi itulah gambaran terdekat mengenai keperibadian mu. Kamu dikenali sebagai cekap dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan. Sikap terlalu pemalu yang ada dalam diri mu itu harus dikurangkan. Selain itu, sikap kamu yang kelakar dan comel sentiasa menarik perhatian individu di sekeliling mu. Walaupun kamu tidak tergolong dalam kelompok kumpulan popular, dirimu tetap dikenali ramai.
SINGA
Kamu memang dilahirkan sebagai pemimpin. Indivdiu di sekeliling mu sentiasa berasa selamat bila berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki ramai teman dan berpewatakan menarik. Sikap peramah dan mesra yang sememangnya wujud secara semula jadi dalam diri mu telah menarik ramai orang untuk bersahabat dengan mu, maka tidak hairanlah sekiranya kamu memiliki teman baru saban hari.
PENYU
Sikap lemah lembut dan baik hati memang ada dalam diri kamu. Namun, ada sesetengah pihak agak kurang senang hati dengan sikapmu kerana kamu sering menilai kehendak dan keinginan orang lain hanya berdasarkan persepsi pemikiran diri kamu sendiri. Walau bagaimanapun kamu adalah seorang teman yang dan tidak bersikap seperti talam dua muka.
MERPATI
Kamu terlalu mudah untuk jatuh cinta. Kamu juga tergolong dalam kategori individu yang sentiasa bersikap tenang. Sememangnya kamu bukannya dari kalangan individu yang terlalu pemalu, namun kamu lebih gemar bersikap menyendiri dalam kehidupan harian mu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...