Kenape Perempuan Pakai Tudung Cantik?

1. sebab dier nak tutup aurat..

2. sebab dier jage maruah..diri. .dan keluarga...

3. sebab.. sebab dier cantik.....

4. sebab dier x nak tunjuk kecantikan dier..kecuali pada yang berhak..

5. sebab dier seorang yg pandai..pandai jaga diri...

6. sebab dier anak solehah...

7. sebab dier dengar ckp mak bapak dier..

8. sebab dier hormati orang lain..

9. sebab takut apabile dier tak pakai tudung orang tgk dier cantik..dan ade niat yg tak baik..

10. sebab tak nak diminati ramai lelaki sgt..

11. sebab tak nak menyusahkan orang lain..

12. sebab dapat pahala..

13. sebab dapat menghindari maksiat..InsyaAllah ..

14. sebab supaya dpt menjadi contoh pada perempuan lain..

15. sebab supaya lelaki yg beriman je yg suker dier..

16. sebab mendengar suruhan nabi...

17. sebab rambut perempuan adalah mahkota baginya.. jadi die tak nak sewenang2nya menunjuk kpd lelaki..kerana jika die menunjuk maknanya die dah tak bernilai kerana mahkota die telah dilhat oleh semua lelaki (kecuali keluarga)

18. sebab dapat mengurangkan nafsu lelaki..

19. sebab patuh pada suami..

20. sebab plg penting..die orang islam...

21. sebab dalam Al-Quran suruh die pakai tudung..kalau orang Islam tp tak berpegang pd Al- Quran.. nak berpegang pd ape lg..??

22. pasal korang mmg cantik laa kalau pakai tudung..orang lelaki mmg suka org pompuan yg pakai tudung...aku tahu sebab aku lelaki..

23. pasai diorang tahu kalau tak pakai tudung diorang akan "syok sendiri" yang diorang tu lawa...rugi laa kalau camtu...pakailaa tudung wahai muslimah Islam..serius ni...

24. pasai dia tak moo orang lelaki suka kat dia pasal nafsu semata2....mesti nak kat dia pasal agama dan akalnya yg baik....

Ketahui Personaliti Melaui Jenis Darah

1) Jenis Darah A adalah Petani (Farmers)

Mereka berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup.

Peribadi Asas:

Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan.

Kadar Toleransi:

Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:

Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap masa hadapan.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:

Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain.

Bagaimana mereka bekerja:

Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan.

2) Jenis Darah B adalah Pemburu (Hunters)

Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan.

Peribadi Asas:

Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara praktikal.

Kadar Toleransi:

Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:

Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:

Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.

Bagaimana mereka bekerja:

Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi,sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.

3) Jenis Darah AB adalah Ahli Kemanusiaan (Humanists)

Mereka sukar dimengerti, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Selain itu, AB sangat bagus menguruskan kewangan, walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala AB bersikap talam dua muka.

Peribadi Asas:

Sangat praktikal, bagus dalam menganalisa, memberikan kritikan yang membina, sukar membuat keputusan untuk perkara penting.

Kadar Toleransi:

Cuba untuk menjadi rajin, kelihatan kurang sabar.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:

Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:

Berjiwa sentimental, selalunya ‘cool’ dan ‘steady’, tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi ‘moody’ sekelip mata.

Bagaimana mereka bekerja:

Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami, tidak terlalu bertanggungjawab, tidak mampu membuat ‘follow up’ sebelum projek kerja diselesaikan.

4) Jenis Darah O Adalah pejuang (Warriors).

Mereka ‘outgoing’, ‘expressive’, dan ‘passionate’. O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi.

Peribadi Asas:

Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga.

Kadar Toleransi:

Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:

Positif tentang masa lampau, oleh itu tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:

Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus.

Bagaimana mereka bekerja:

Keupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci.

Jadi apa jenis darah anda? Penerangan yang betul ataupun tidak? Kongsikan di sini! Paling sedih sapa yang tak tahu jenis darah sendiri.??????????

Lawak Shin Chan

Soal Jawab Guru dan Sin Chan... Guru : Kenapa awak lambat? Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda. Guru: Papan tanda mana ? Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan pelahan." Guru: Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"? Sin Chan: "B-O-O-W-A-Y- A" Guru: Bukan, Salah tu. Sin Chan: Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya saya macam mana saya mengeja nya, itu lah yang saya eja ! Guru: Apakah formula untuk air? Sin Chan: "HIJKLMNO"!! Guru: Apa yang awak cakap tu? Sin Chan: Kan kelmarin Cikgu kata H to O! Guru: Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana Amerika Utara. Sin Chan: Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia yang tergantung kat hadapan kelas! Guru: Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa yang jumpa Amerika Utara? Kelas: Sin Chan Cikgu! Guru: Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada 10 tahun dulu. Sin Chan: Saya Cikgu! Guru: Bagaimana kita boleh mengelak penyakit yang di sebabkan oleh gigitan serangga? Sin Chan: Jangan kena gigit serangga. Guru: "Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu berlaku secara kebetulan?" Sin Chan: "Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama, pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama." Guru: Sin Chan, aneh sungguh stokin yang awak pakai ni, satu warna hijau berbintik hitam dan satu lagi berwarna merah berbintik biru. ! Sin Chan: Ya betul Cikgu, memang nampak aneh, saya pun hairan kerana terdapat sepasang lagi dengan warna yang sama kat rumah . Guru: Sekarang, Sin Chan, Sebetulnya beritahu saya dengan jujur adakah awak berdoa sebelum makan? Sin Chan: Tidak Cikgu , Saya tak perlu buat begitu , kerana saya tahu ibu saya adalah seorang tukang masak yang bagus. Guru: Sin Chan, Karangan awak "Anjing saya" adalah sama seperti yang dikarang oleh Adik awak. Adakah awak meniru kerja dia? Sin Chan: Tidak Cikgu, ia hanya lah anjing yang sama! Guru: Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti henti bercakap tetapi orang tak berminat nak dengar? Sin Chan: Seorang Guru, Cikgu! SUMBER

Semut Berubah Warna Mengikut Warna Makanan

12Warna semut yang berubah mengikut warna makanan

Seorang lelaki berjaya menangkap gambar yang begitu indah, iaitu gambar semut berubah warna mengikut warna makanan yang dimakannya.

Bapa kepada tiga orang anak, Mohamed Babu menangkap gambar peristiwa ini selepas isterinya, Shameem, menunjukkan semut berwarna putih selepas minum tumpahan susu. Dia melakukan eksperiment dengan meletakkan gula cair berwarna dan melihat semut itu berubah warna dibahagian abdomen.

Sesetengah semut minum dari satu gula ke satu gula berwarna lain menjadikan warna yang baru di bahagian abdomen. Mohamed Babu atau dikenali Dr Babu, seorang sainstis berusia 53 tahun itu menemui bahawa semut lebih suka warna gula yang lebih cerah seperti kuning dan hijau.

13Semut lebih gemar memilih makanan berwarna cerah

Dia berkata:

'Idea untuk menangkap gambar tiba sebaik sahaja isteri saya menunjukkan semut berubah warna menjadi putih selepas minum tumpahan susu di dapur'

'Saya menangkap gambar di ruangan taman untuk mendapatkan pencahayaan yang natural dan menyiapkan parafin set yang diletakkan gula berwarna diatasnya'

'Saya mendapat semut yang banyak selepas beberapa minit dan menangkap gambar beberapa kalu untuk mendapatkan image yang berkualiti'

14Seekor semut sedang menghirup gula cair berwarna hijau

Selain itu, Dr Babu daripada Mysore, selatan India berkata:

'Abdomen semut adalah separuh lutsinar, ia mendapat warna daripada makanan yang dimakan'

SUMBER

Kisah Di Sebalik Simbol Simbol Teknologi

1. Power on/off
Simbol ini asal mulanya digunakan pertama kali pada perang dunia ke 2 sebagai kod rahsia.Garis vertikal melambangkan angka "1" yang artinya hidup atau on, dan lingkaran melambangkan angka "0" yang artinya mati atau off.Sementara lingkaran yang tidak sempurna melambangkan keadaan standby.
2. Bluetooth
Simbol yang satu ini sudah tidak asing lagi buat yang suka transfer data dari satu perangkat ke perangkat lain.Kerana suka buah blueberry,raja Denmark ke 10,Harald Blatand mewarnai salah satu giginya dengan warna biru.Dan juga kerana bluetooth receptor pertama bentuknya mirip dengan gigi raja Harald Blatand,dipakailah kod biasa yang melambangkan raja Harald sebagai simbolnya.
3. Play
Belum ada kisah yang pasti dan jelas kenapa simbol segitiga dipakai untuk melambangkan butang play.Yang pasti,segitiga dianggap simbol sebagai penunjuk arah yang paling senang dibaca.Kedudukannya yang mengarah ke kanan mengingatkan kita pada arah jalan pita rakaman pada kaset.
4. USB
Kehebatan tongkat Neptunus menginspirasi simbol USB sebagai connector yang boleh menghubungkan sambungan apapun.Tiga ujung tongkatnya yang terbentuk dari tiga bidang,kotak,segitiga dan lingkaran jadi penanda kalau USB adalah connector yang serba boleh.
5. AT
Ketika belum ada mesin cetak,pendeta harus menulis tangan setiap naskah yang diterbitkan.Daripada susah menulis kata "at", mereka pun membuat simbol "t" yang mengelilingi "a".Maka jadilah simbol ini.
sumber: http://www.fcukz.co.cc/2011/06/kisah-di-sebalik-simbol-simbol.html#ixzz1UjNLPGjY

Tidur Terlalu Sedikit Boleh Membahayakan Jantung Anda

Tidak cukup tidur boleh meningkatkan risiko anda untuk angin ahmar (strok) dan serangan jantung.

Itulah penemuan para penyelidik Britain yang menganalisa data yang diperoleh dari lebih daripada 470,000 orang dari lapan buah negara, termasuk Amerika Syarikat.

"Jika anda tidur kurang daripada enam jam semalaman dan mengalami tidur yang terganggu, anda 48 peratus lebih berkemungkinan untuk mendapat atau mati kerana sakit jantung dan 15 peratus lebih kemungkinan untuk mendapat atau mati kerana strok," kata Dr. Francesco Cappuccio, dari Warwick Medical School di England, seorang pengarang bersama penyelidikan tersebut, dalam hebahan berita di University of Warwick.

"Corak tidur lewat malam dan bangun awal pagi sebenarnya adalah bom jangka untuk kesihatan kita, jadi anda kena bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit yang mengancam nyawa ini," beliau menambah.

Dr. Michelle Miller, penulis bersama kajian dengan Dr. Cappuccio, menjelaskan dalam hebahan berita itu yang "tidur sebentar kronik menghasilkan hormon-hormon dan bahan kimia dalam badan yang meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit jantung dan angin ahmar , dan keadaan lain seperti tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kencing manis dan obesiti."

Kajian itu telah diterbitkan pada 8 Febuari dalam European Heart Journal.

Segala pergelutan hidup/kerja dalam kehidupan hari ini menyebabkan ramai dari kita menukarkan masa tidur yang berharga dengan bekerja untuk memastikan kita siap semua kerja yang diberikan kepada kita.

"Tetapi dengan berbuat demikian" kata Dr. Cappuccio, "kita meningkatkan risiko mendapat strok atau penyakit kardiovaskular yang mengakibatkan, contohnya serangan jantung."

Mendapat tujuh jam tidur semalaman melindungi kesihatan dan mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit kronik, nasihat beliau.

SUMBER

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...