Saya Rindu Awk YANG DULLU



TANDA-TANDA CINTA YANG SEMAKIN PUDAR... :(

♥ Malas angkat telefon..

♥ Taip sms pun pendek2 jer..
♥ Dengan orang lain dia boleh cakap ‘single’..!
♥ Bagi alasan.'awak nie terlalu baik untuk saya.saya tak layak untuk awak.'

♥ Bila kita cakap “i love u”, dia balas ‘K” ja..?!!
♥ Ada apa-2 hal asyik cakap malas, malas, malasss ja..
♥ Sudah pandai bergurau secara kasar n menyakitkan hati..
♥ Dia dah x kisah kalau tak jumpa pun..sebulan x jumpa lagi bagus..
♥ Apa kita buat dah tak betul dimata dia..
♥ Dia nampak kelemahan kita lebih dari kebaikan..
♥ Dia dah tak kisah apa yang jadi pada kita..
♥ Susah nak senyum @ gurau2 macam dulu-dulu..
♥ Dulu-dulu asal nak keluar dating jer mesti nak pakai baju matching..sekarang dah .taknak.. rimas            
katanya..poyo plak dah katanya sekarang..
♥ Dulu boleh jer bergayut berjam-jam.. sekarang 5 minit pun susah,..katanya hp cepat panas...

9 Fakta Menarik Apabila Lelaki Memasak

10:46 AM Posted by Md Apiz View Comments

Sebenarnya chef-chef yang terkenal di seluruh dunia sudah semestinya kaum lelaki bukan? Lihat sahaja di Malaysia,semua kenal dengan Chef Wan, chef yang cukup dikenali ramai.. Tapi tahukah anda yang kebanyakkan lelaki ni memang jarang nak memasak.. betul tak? ekeke. Jom tengok antara 9 fakta-fakta menarik apabila lelaki memasak..

9 Fakta Menarik Apabila Lelaki Memasak

1) Menurut kajian, 99.9% lelaki di Malaysia amat pandai masak kari. Tapi megi kari saja la.

2) Lelaki kadang-kadang memang suka memasak. Tapi masalah utama ialah mereka amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk.

3) Kadangkala apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah, bukan main bising lagi.

4) Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju. Yang lebih seksi hanya memakai tuala. Yang lagi kurang bersih memasak sambil menghisap rokok.

5) Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin. Yang rajin sikit masak megi dengan telur.

6) Jika seorang lelaki yang rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat. Cepat sikit masak. Kalau tak percaya, cuba tengok kat kedai mamak. Apinya bukan main lagi besar.

7) Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri. Kalau ada lumut dan lipas itu tandanya mesra alam.

8 ) Biasanya lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki. Yang penting, asalkan kenyang. Tapi kalau perempuan yang masak, komplen dia banyak sikit. Betul tak?

9) Kalau lelaki membeli pelbagai lauk dan memasak dengan bersungguh-sungguh, serta dalam kuantiti yang banyak, itu maknanya dia nak bagi kat awek. Tak pun dalam proses nak mengorat.. hahaha

P/s : Hanya sebagai gurauan dan hiburan semata-mata, kalau ada yang sama tu mungkin kebetulan semata-mata :p

Anda Bertanya USTAZ AZHAR IDRUS Menjawab

Buku yang mendapat perhatian pembaca di Malaysia ini dicetak semula tidak sampai sebulan di pasaran kerana permintaan yang tinggi dari pembaca dan pekedai buku.

Buku yang menjawab persoalan semasa yang sering dihadapi oleh umat Islam serta persoalan rumit yang mencabar pemikiran ini mendapat tempahan yang menggalakan daripada peminat buku agama di seluruh Malaysia.

Persoalan yang dikumpulkan dalam buku ini adalah hasil kompilasi yang dikumpulkan daripada orang awam kepada Ustaz Azhar Idrus. Jawapan yang jelas dan padat dipaparkan supaya pembaca jelas mengenai persoalan-persoalan yang sering bermain di minda mereka.






Majalah APO #321 MAY 2012



Majalah Mastika MAY 2012

4:57 PM Posted by Md Apiz View Comments



Majalah UJANG #428 (15.05.2012)

2:31 PM Posted by Md Apiz View Comments

DOWNLOAD

Siapakah Sir Henry Gurney



Banyak timbul isu yang berkaitan dengan sejarah negara. Jika dahulu dengan kekurangan media alternatif dan kejahilan Ummah, kita terima bulat-bulat apa yang diperkatakan di dalam Buku Tawarikh maupun Buku Sejarah. Tiada masa berfikir di luar kotak.

Kini masa telah berubah. Anak-anak muda yang berjiwa panas, gelora, ingin tahu, berfikir di luar kotak mula mencari "sesuatu yang berkurangan" dalam pengkisahan sejarah negara.

Sejarah adalah peristiwa lampau yang memberi pengajaran untuk generasi mendatang. Jika sejarah itu disonsangkan dan diselewengkan, kita bakal "di maki hamun" bahkan mungkin kubur kita bakal "di kencingkan" oleh generasi mendatang!

Tahun 70an, buku Tawarikh(Sejarah) sekolah rendah ada menceritakan tentang Kamal Artatturk. Beliau digambarkan sebagai seorang yang membawa perubahan moden kepada Turki.

Digambarkan juga bagaimana beliau "menghapuskan kejumudan" orang Turki seperti mengharamkan tudung untuk wanita Turki dan meperkenalkan topi menggantikan kopiah. Manakala Sultan Abd Hamid dan Kerajaan Uthmaniyyah sebagai Kerajaan zalim dan mundur.

Begitu berkesan cara pengajaran sejarah ketika itu hinggakan pelajar Islam Malaysia menganggap Kamal Artatturk perwira Islam Turki.

Kisah Kamal Artatturk itu diceritakan dalam Buku Tawarikh(Sejarah) di sekolah-sekolah dalam negara kita dalam keadaan kita sudah merdeka.

Tidak dapat digambarkan bagaimanakah kisah-kisah Haji Abd Rahman Limbong, Tok Janggut, Mat Kilau, Dato Bahaman, Antanom dan Dato Maharaja Lela dikisahkan dalam buku sejarah semasa penjajahan Inggeris. Sudah pasti mereka semua dilabelkan sebagai penderhaka kepada raja, pengganas, pembunuh dan penentang kerajaan.

Awal tahun 80an, barulah kisah mereka semua "dipulihkan" dalam buku Sejarah sekolah setelah puluhan tahun perjuangan mereka di hina dan "di kaburkan" oleh kita sendiri.

Terkini, terbongkar satu lagi penyelewengan sejarah. Kisah Sir Henry Gurney. Pesuruhjaya British ( jawatan macam PM)di Tanah Melayu tahun 1948 hingga 1951.

Digambarkan dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 3, beliau seorang yang berjaya mengekang pengaruh komunis di Tanah Melayu. Jasanya besar untuk Tanah Melayu kononnya. Akhirnya beliau dibunuh oleh PKM semasa dalam perjalanan ke Bukit Frasier.



Ramai tidak menyedari perlantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya British ke sini kerana kerjanya yang hebat di Palestin selama 2 tahun (1946-1948).

Apa kerjanya? Membawa pendatang Yahudi masuk ke Palestin dari Eropah dan menghalau dan membunuh rakyat Palestin dari bumi mereka sendiri.

Ketika Henry Gurney bertugas di Palestinlah berlaku siri pembunuhan kejam di bumi Palestin. Pengganas Yahudi Haganah dan Irgun kemuncak keganasan mereka adalah ketika Henry Gurney bertugas di Palestin.


Ingat! Peristiwa Dier Yasin ( Mei 1948)yang meragut nyawa 300 orang wanita dan kanak-kanak Palestin berlaku ketika Henry Gurney masih berada di bumi Palestin. Beliau datang ke Tanah Melayu Oktober 1948.

Malangnya, nama beliau di sanjung di sini. Jalan dan sekolah diabadikan nama Henry Gurney. Bahkan tempat beliau dibunuh pun diberi papantanda. Tololkah kita?

Apakah jasa beliau di sini? Ingat! Beliau dibunuh dalam keadaan menjadi Ketua Penjajah! Dalam keadaan tangannya berlumuran darah rakyat Palestin!

Elok sangat guru Sejarah seluruh negara yang mengajar Sejarah Tingkatan 3 agar jangan lupa untuk ceritakan kisah sebenar sejarah Henry Gurney kepada anak murid mereka. Moga mereka tahu kisah sebenar Sir Henry Gurney.






Majalah PC May 2012


Majalah Mangga Mei 2012




12 SIFAT SAHABAT SEJATI MENURUT IMAM AL-GHAZALI

1:58 PM Posted by Md Apiz View Comments

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

~Semoga kita dianugerahkan sahabat seperti itu dan menjadi sahabat seperti itu.. InsyaAllah

Pelindung Daripada Rasukan Syaitan.

12:26 PM Posted by Md Apiz View Comments


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ …Semoga menjadi amalan semua..
Pagar Pertama
*Makan Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah.
Amalkan memakan tamar (kurma) ‘Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: “Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar ‘Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu”.
[Riwayat al Bukhari]
*Pagar Kedua
*Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada mereka. Sabda Rasulullah S.A.W.: Ertinya: “Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. ?Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik untuk mengucapkan doa: ‘Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci’”
[Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik]
*Pagar Ketiga
*Mengambil berat tentang solat berjemaah.
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. ?Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda : Ertinya: ‘Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.’
[Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik]
*Pagar Keempat
*Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir.
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah- mudahkannya. Sifat mempermudah- mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut. Ibnu Mas’ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda: Ertinya: “Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya”
[Riwayat al Bukhari dan Muslim]
*Pagar Kelima
*Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas.
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan. Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata : Ertinya: “Dengan nama Allah.Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan”.
[Riwayat al Bukhari dan Muslim]
*Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.
*Pagar Keenam
*Memagar isteri selepas selesai akad nikah.
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa : “Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini keatasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telahmelakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya”
[Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik]
*Pagar Ketujuh
*Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: “Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi’. Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata: “Ia telah bercakap benar kepada engkau, wahal sendiri sememangnya penipu”
[Riwayat al Bukhari.]
membaca doa dari ayat akhir surah al-baqarah ayat 285-286 pada awal malam.

KERANA DIA SEORANG IBU


'Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui...'
-----------------------------------------------------------------------
“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.”Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.”

“Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

Si anak kaku..

**Dah habis baca?Sedih kan...Itulah pengorbanan seorang ibu untuk anaknya....Begitu besar.

Majalah UJANG #427 MEI 2012


Majalah Ujang lahir setelah pelukis Ibrahim Anon yang lebih dikenali dengan nama penanya Ujang menerbitkan sendiri pada tahun 1993 di bawah syarikat Kharisma Publications, Kuala Lumpur. Majalah Ujang pada awal penerbitannya yang pertama kelihatan sebuah himpunan buku lakaran pelukisnya, dengan lakaran konsep majalah itu untuk isu seterusnya.

Melalui majalah ini, beberapa orang pelukis kartun berjaya dikadetkan oleh Ujang dan tampillah beberapa orang kartunis yang menggunakan nama sayur dan buah-buahan seperti petai, kobisbunga, padi, ciku, lengkuas dll. Itu uniknya kartunis-kartunis yang berada di bawah bumbung Karisma Publications pada waktu itu.

Released by: fautiq
Date: 01.05.2012
File type: PDF, 24.8MB
Pages: 132


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...