Siapakah Sir Henry Gurney

Sunday, May 13, 2012 8:23 PM Posted by Viral Sohor


Banyak timbul isu yang berkaitan dengan sejarah negara. Jika dahulu dengan kekurangan media alternatif dan kejahilan Ummah, kita terima bulat-bulat apa yang diperkatakan di dalam Buku Tawarikh maupun Buku Sejarah. Tiada masa berfikir di luar kotak.

Kini masa telah berubah. Anak-anak muda yang berjiwa panas, gelora, ingin tahu, berfikir di luar kotak mula mencari "sesuatu yang berkurangan" dalam pengkisahan sejarah negara.

Sejarah adalah peristiwa lampau yang memberi pengajaran untuk generasi mendatang. Jika sejarah itu disonsangkan dan diselewengkan, kita bakal "di maki hamun" bahkan mungkin kubur kita bakal "di kencingkan" oleh generasi mendatang!

Tahun 70an, buku Tawarikh(Sejarah) sekolah rendah ada menceritakan tentang Kamal Artatturk. Beliau digambarkan sebagai seorang yang membawa perubahan moden kepada Turki.

Digambarkan juga bagaimana beliau "menghapuskan kejumudan" orang Turki seperti mengharamkan tudung untuk wanita Turki dan meperkenalkan topi menggantikan kopiah. Manakala Sultan Abd Hamid dan Kerajaan Uthmaniyyah sebagai Kerajaan zalim dan mundur.

Begitu berkesan cara pengajaran sejarah ketika itu hinggakan pelajar Islam Malaysia menganggap Kamal Artatturk perwira Islam Turki.

Kisah Kamal Artatturk itu diceritakan dalam Buku Tawarikh(Sejarah) di sekolah-sekolah dalam negara kita dalam keadaan kita sudah merdeka.

Tidak dapat digambarkan bagaimanakah kisah-kisah Haji Abd Rahman Limbong, Tok Janggut, Mat Kilau, Dato Bahaman, Antanom dan Dato Maharaja Lela dikisahkan dalam buku sejarah semasa penjajahan Inggeris. Sudah pasti mereka semua dilabelkan sebagai penderhaka kepada raja, pengganas, pembunuh dan penentang kerajaan.

Awal tahun 80an, barulah kisah mereka semua "dipulihkan" dalam buku Sejarah sekolah setelah puluhan tahun perjuangan mereka di hina dan "di kaburkan" oleh kita sendiri.

Terkini, terbongkar satu lagi penyelewengan sejarah. Kisah Sir Henry Gurney. Pesuruhjaya British ( jawatan macam PM)di Tanah Melayu tahun 1948 hingga 1951.

Digambarkan dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 3, beliau seorang yang berjaya mengekang pengaruh komunis di Tanah Melayu. Jasanya besar untuk Tanah Melayu kononnya. Akhirnya beliau dibunuh oleh PKM semasa dalam perjalanan ke Bukit Frasier.



Ramai tidak menyedari perlantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya British ke sini kerana kerjanya yang hebat di Palestin selama 2 tahun (1946-1948).

Apa kerjanya? Membawa pendatang Yahudi masuk ke Palestin dari Eropah dan menghalau dan membunuh rakyat Palestin dari bumi mereka sendiri.

Ketika Henry Gurney bertugas di Palestinlah berlaku siri pembunuhan kejam di bumi Palestin. Pengganas Yahudi Haganah dan Irgun kemuncak keganasan mereka adalah ketika Henry Gurney bertugas di Palestin.


Ingat! Peristiwa Dier Yasin ( Mei 1948)yang meragut nyawa 300 orang wanita dan kanak-kanak Palestin berlaku ketika Henry Gurney masih berada di bumi Palestin. Beliau datang ke Tanah Melayu Oktober 1948.

Malangnya, nama beliau di sanjung di sini. Jalan dan sekolah diabadikan nama Henry Gurney. Bahkan tempat beliau dibunuh pun diberi papantanda. Tololkah kita?

Apakah jasa beliau di sini? Ingat! Beliau dibunuh dalam keadaan menjadi Ketua Penjajah! Dalam keadaan tangannya berlumuran darah rakyat Palestin!

Elok sangat guru Sejarah seluruh negara yang mengajar Sejarah Tingkatan 3 agar jangan lupa untuk ceritakan kisah sebenar sejarah Henry Gurney kepada anak murid mereka. Moga mereka tahu kisah sebenar Sir Henry Gurney.






blog comments powered by Disqus
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...