Awan membentuk Jenazah

AWAS!: Awan membentuk Jenazah dan Kalimah di Kota Baru!
BENTUK awan aneh menyerupai jenazah yang sempat dirakam di Kota Bharu semalam.
Oleh SAMSUL BAHARI MOHAMED berita@kosmo.com.my
KOTA BHARU - Dua anggota tentera di sini terkejut apabila terlihat kepulan awan yang berbentuk seperti jenazah yang dikafan berdekatan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra awal pagi semalam. Kedua-dua mereka, Penolong Pengawal Gudang Peluru, Koperal Mahiran Che Taib, 33, dan Koperal Suhaimi Mahsan, 38, dari Kem 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Pengkalan Chepa di sini mendakwa melihat objek itu pada pukul 6.40 pagi. Menurut Mahiran, dia melihat kepulan awan berbentuk aneh itu selepas menunaikan sembahyang Subuh di surau kem tersebut. "Ketika itu saya berjalan keluar dari surau untuk meneruskan tugas di balai pengawal dan menjenguk rakan yang bertugas di menara kawalan di kem tersebut. "Kemudian rakan saya (Suhaimi) tunjuk isyarat menggunakan tangan supaya melihat ke langit kerana terdapat objek berbentuk jenazah setinggi lebih satu meter dan ia seolah-olah sedang bergerak turun dari langit," katanya ketika ditemui di sini semalam. Selain itu, Mahiran pula berkata, kepulan awan yang berbentuk seperti kalimah syahadah juga kelihatan di atas objek tersebut. p/s Setengah menggelarnya paranormal manakala yg lain anggap ia adalah kejadian alam yg biasa. Apa juga kesimpulan yg akan dibuat, ketahuilah Allah swt boleh menunjukkan kekuasaan dimana-mana dan bila-bila masa. Hanya kita ingin ambil iktibar darinya atau tidak...
__________________

Jangan Ada Benci

Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya.

Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.

Kaedah Mengikis Benci

Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempattidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita denganmemaafkan semua orang sebelum tidur? Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.

Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan

Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:

1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.

2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).

3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.

4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.

5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s. a. w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.

6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.

7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.

9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.

10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.

11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.

12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.

13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.

14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.

15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.

16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.

Terlebih dahulu baiki diri untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita.

Anak Kecil : RM10?

"Ameen! Mari sini, nak!" panggil Ruslan. Ameen yang sedang khusyuk bermain guli segera mendapatkan ayahnya. "Kenapa, ayah?" tanyanya. "Nah, ambil duit ni!" Ruslan memberikan sekeping not RM10 kepada anaknya yang baru berusia 9 tahun itu. "Koyak duit itu sehingga lumat." Tanpa membantah, Ameen mengoyak wang kertas itu. Kemudian, Ruslan memberikan pula sebuah bekas yang mengandungi banyak ais potong kepada Ameen.
"Kesemua ais potong ni kamu jual di sekeliling kampung. Dapat hasilnya kamu bawa ke mari," Ruslan memberi arahan yang seterusnya. Lantas, Ameen keluar dari rumah sambil membawa bekas ais potong itu dan dijaja di sekitar kampung. Peluhnya mencurah-curah mengalir kerana menjual dari pagi sehingga petang. Panas terik langsung tidak dipedulinya kerana matlamatnya untuk mendapatkan hasil jualan itu. Habis sahaja kesemua ais potong itu, Ameen segera menemui ayahnya. Ruslan mengira jumlah pendapatan hasil jualan itu dan mendapati kesemuanya bernilai RM10. Dia menyerahkan duit itu kembali kepada Ameen kemudian berkata, "Sekarang kamu koyak duit-duit kertas ini." "Apa?!" Ameen ternyata sangat terkejut. Setelah banyak dia berkorban untuk mendapatkan hasil jualannya, senang-senang saja ayahnya menyuruh dia mengoyak duit-duit jualan itu. "Tak mahu! Ini hasil titik peluh saya! Mustahil saya akan mengoyaknya!"
***
Mengapa pelik anak kecil bernama Ameen itu? Ayahnya menyuruh dia mengoyak duit-duit yang sama nilainya. Tetapi, Ameen tidak rela mengoyak duit kedua berbanding duit pertama yang diperolehinya. Itulah tamsilannya dalam dunia umat Islam sekarang. Agama Islam memerlukan pengorbanan. Dengan adanya pengorbanan, seseorang akan berasa memiliki beragama. Kita lihat kisah sebentar tadi. Disebabkan RM10 yang diberikan Ruslan diperolehi Ameen tanpa usaha (pengorbanan), maka Ameen langsung tidak marah ketika mengoyaknya. Tetapi ketika RM10 yang diperoleh dari pengorbanan, susah payah, dan keringat Ameen menjual ais potong, maka dia berasa sangat marah apabila disuruh mengoyaknya. Hari ini agama Islam yang kita anuti pada umumnya ialah Islam warisan orang tua kita. Kita menganutinya secara langsung sejurus selepas lahir tanpa melakukan pengorbanan. Sehingga ketika agama kita diganggu oleh kekuatan kafir yang mungkar dan zalim, umat Islam hari ini tenang-tenang sahaja. Ketika Islam berganti wajah dan baju mengikuti Yahudi dan Nasrani pun, umat Islam hanya berdiam saja. Bahkan saat haraga diri umat Islam diinjak-injak oleh kekuatan batil melalui geraka permurtadan oleh zionis Yahudi dan missionaris Kristian, umat Islam hanya berpeluk tubuh. Seandainya proses mendapatkan Dinul Islam ini diperoleh dengan pengorbanan diri dan harta melalui perjuangan dan jerih kepayahan, maka kewibawaan agama Islam akan terjaga. Jika ada puak-puak yang cuba mengusik agama apatah lagi bermaksud untuk menghancurnya, dengan spontan umat Islam akan bergerak membelanya.
Mari kita renung firman ALLAH SWT dalam Surah as-Shaf 61:10-11 yang berbunyi:
"Wahai orang-orang yang beriman mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda kamu dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui ( hakikat yang sebenarnya )".
Seterusnya, Rasulullah SAW ada bersabda:
قِيْلَ يَا رَسُوْلَ اللهِ أَيُّ النَّاسِ أَفْضَلُ، فَقَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُؤْمِنٌ يُجَاهِدُ فِى سَبِيْلِ اللهِ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، قَالُوْا ثُمَّ مَنْ قَالَ مُؤْمِنٌ فِى شِعْبٍ مِنَ الشِّعَابِ يَتَّقِى اللهَ وَيَدَعُ النَّاسَ مِنْ شَرِّهِ
Ditanya orang akan Rasulullah SAW,
" Siapakah manusia yang lebih utama?" Maka jawab Rasulullah SAW "Orang yang lebih utama ialah orang mukmin yang berjihad di jalan Allah dengan diri dan hartanya sendiri." Mereka berkata : "Siapa kemudian?" Bersabda Rasulullah SAW "Orang mukmin yang berada di satu lurah bukit ia takut kepada Allah dan menyeru manusia supaya menjauhi daripada angkara kejahatan." (Hadis Riwayat Bukhari)

Tenanglah Hati

Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak. Tapi..kenapa hati kita tak gembira? Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...," Apa masalah kita? Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita. Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan? Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita? Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la.. Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada...waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu...ada? Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak. Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita. Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda. Macam mana hati kita nak tenang? Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat. Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...

Fadhilat 99 nama Allah (Asma ul-Husna)

9:56 PM Posted by Md Apiz View Comments

Rujukan drpd :http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/asmaulhusna.htm AR-RAHMAN : Yang Dermawan - Pemberi rahmat dan kemakmuran kepada makhluknya tanpa perbezaan . Fadhilat-nya : Sesiapa menyebut namaNya 100 kali selepas sembahyang fardhu, insyaALLAH akan mempunyai ingatan baik, fiikiran tegas serta murah hati . AR-RAHIM : Yang Pengampun -Terutama kepada mereka yang menggunakan hadiah-hadiah sebagai kehendak Tuhan yang maha pengampun dihari kemudian . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali selepas fajar, insyaAllah akan menemui orang-orang yang baik hati . AL-MALIK : Maharaja Teragung - Ialah Raja yang paling agung diseluruh dunia . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaAllah akan dihormati dengan sebaik-baiknya oleh orang lain . AL-QUDDUS : Yang Suci - Ia bebas dari segala kesilapan,kelupaan dan tidak keupayaan atau kurang kesempurnaan, Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali setiap hari , insyaAllah akan bebas daripada kebimbangan . AS-SALAM- Punca Keamanan - Dialah penyelamat hamba-hamba -Nya dari bahaya serta rintangan serta memberi tahniah kepada mereka yang di dalam syurga . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 160 kali berulang-ulang ditempat orang yang sakit,boleh membantu mengurangkan kesakitan dan insyaALLAH dengan pertolongan-Nya dapat menyembuhkan si pesakit. AL-MU'MIN : Wali Kepercayaan -Barang siapa menempatkan kepercayaan pada hamba-Nya,peliharalah mereka yang mencari perlindungan pada-Nya , kemudian berikanlah ketenteraman . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali, insyaALLAH akan jauh dari bahaya . AL-MUHAYMIN - Penjaga - Ialah menjaga dan memerhatikan segala harta benda . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang selepas mengambil air sembahyang , insyaAllah cahaya perasaan mereka akan bersinar . AL'AZIZ : Maha Perkasa - Ialah yang tak dapat ditaklukkan . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali selepas fajar menyinsing selama 40 hari , insyaALLAH akan bebas daripada bantuan orang lain. AL-JABBAR - Pemaksa - Ia memperbaiki serta menyelesaikan yang belum lengkap dan mempunyai kebolehan dan menyuruh dengan kekerasan atas diri mereka supaya melakukan mengikut kehendak-Nya . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali , tidak akan berbuat sesuatu yang ditegah dirinya , ataupun terdedah oleh bahaya , kesukaran mahupun kekerasan . AL-MUTAKABBIR :Yang Mulia - Ia menunjukkan kebesaran- Nya sebelum bersetubuh dengan isterinya , insyaALLAH Allah akan menganugerahkan olehnya anak yang salih. AL-KHALIQ - Pembuat - Ia yang menjadikan segala-galanya tanpa sesuatu apa pun dan tahu pula apa akan terjadi keatas semuanya . AL-BARI' - Penjadi -Ia menjadikan segala-galanya sempurna . AL-MUSAWWIR - Pereka - Ia reka segala-galanya . Fadhilatnya :Jika seseorang ibu atau bakal ibu hendak melahirkan anak tetapi tiada berdaya , hendaklah ia berpuasa selama 7 hari , dan sewaktu berbuka hendaklah ia menyebut YA-KHALIQ,YA-BARI',YA-MUSSAWIR (pembuat , penjadi dan pereka ) sebanyak tiga kali sebelum ia meminum air . InsyaALLAH permintaannya akan dikabulkan . AL-GHAFFAR - Pengampun - Ia sangat pengampun . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang tiga kali , insyaALLAH akan diampunkan dosa yang telah dilakukannya . AL-QAHHAR - Penakluk - Ia berjaya dan berkuasa menurut dan menakluk kehendaknya . Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali , insyaALLAH akan mengatasi kehendaknya , dan akan mengalami jiwa yang tenang serta bebas dari segala perbuatan maksiat yang dilakukan oleh orang lain . AL-WAHHAB - Penganugerah - Ia sentiasa menganugerah hamba-hambaNya . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali insyaALLAH akan dimurahkan rezeki . AL-FATTAH - Pembuka - Ia memberi penyelesaian kepada kemushkilan atau masalah serta mengurangkan rintangan . Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali , InsyaALLAH akan terbuka hatinya untuk berjaya . AL-'ALIM :Yang Maha Mengetahui - Ia mengetahui segala-galanya. Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali , InsyaALLAH akan bersinar hatinya dengan cahaya suci . AL-QABID - Pengekang - Ia mengekang . Fadhilatnya :Sesiapa menulis nama-Nya pada lima puluh jenis makanan atau buah-buahan sepanjang 40 hari , insyaALLAH ia tidak akan kebuluran . AL-BASIT - Pembesar - Ia berkuasa membesarkan . Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali sewaktu fajar dengan mendedahkan kedua-dua tapak tangannya keatas dan kemudiannya menyapu tapak tangan kemukaNya , insyaALLAH ia tidak akan perlukan bantuan orang lain . AL-KHAFID - Perendah diri - Yang mengurangkan . Fadhilatnya :Sesiapa yang berkuasa selama tiga hari , hendaklah menyebut nama-Nya pada hari keempat sebanyak 70,000 kali , insyaALLAH ia akan dipelihara daripa musuhnya . AR-RAFI' - Peninggi - Yang meninggikan . Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali berulang-ulang kali pada waktu siang dan malam,insyaALLAH Allah akan meninggikan martabatnya , kekayaannya serta darjatnya . AL-MU'IZZ - Penghormat - Ia mashyur serta mulia dan dihormati oleh sesiapa jua pun. Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 140 kali selepas sembahyang isya' setiap hari isnin dan jumaat , insyaALLAH Allah akan menjadikan ianya dihormati oleh orang lain . AL-MUZILL - Penguji -Ia akan menjatuhkan seseorang kelembah kehinaan. Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 75 kali berulang-ulang , insyaALLAH akan terjatuh daripada aniaya orang-orang yang dengki kepadanya.Allah akan memeliharanya . AS-SAMI' :Maha Mendengar - Ia mendengar segala-galanya . Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali berulang-ulang tanpa bercakap dengan sesiapapun pada hari khamis selepas sembahyang zohor ( tengah hari ) , insyaALLAH Allah akan mengkhabulkan apa sahaja kehendaknya . AL-BASIR :Yang Maha Melihat - Ia melihat segala-galanya . Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali berulang-ulang antara sembahyang fardhu dan yang pertama setelah sembahyang Jumaat , InsyaALLAH Allah akan menjadikan dirinya mulia dikhalayak ramai . AL-HAKKAM :Ia mengadili serta memberikan sesuatu dengan sepatutnya. AL-'ADL - Pengadil - Sesungguhnya adil . Fadhilatnya :Jika sesiapa menulis nama-Nya pada malam jumaat pada sekeping roti dan memakannya, insyaALLAH orang akan mengikut kehendaknya . AL-LATIF - Pelemah Lembut - Ia mengetahui apa sahaja erti yang lembut serta menjadikan segala-galanya yang lembut atau halus walaupun tidak diketahui manusia . Ia memberi kebahagiaan sehalus-halusnya kepada manusia . Fadhilatnya :Jika seseorang ditimpa kemiskinan dan keseorangan , sebutlah nama-Nya 100 kali selepas dua rakaat selepas sembahyang (tambahan),insyaALLAH niatnya akan dikabulkan . AL-KHABIR :Maha Mengetahui - Ia mengetahui apa sahaja yang sulit dan maksud atau tujuannya . Fadhilatnya :Sesiapa mempunyai kebiasaan yang tidak baik dan tidak disukainya pula , sebutlah nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH kebiasaan itu akan ditinggalkannya kemudian . AL-HALIM - Penyabar - Ianya berkuasa . Fadhilatnya :Apabila seseorang menulis nama-Nya atas kertas , setelah itu menanamkannya ke dalam tanah di mana sebutir benih ditanam , insyaALLAH bahaya atau malapetaka tidak akan menimpa . AL- 'AZIM :Yang Maha Besar - Ia mulia . Fadhilatnya :Mereka yang menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan dihormati . AL-GHAFUR :Maha Pengampun - Ia mengampuni semua hambaNya . Fadhilatnya :Sesiapa dihidapi penyakit kepala , demam atau dukacita , sebutlah nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan sembuh . ASH-SHAKUR :Yang Bersyukur - Sesiapa yang bersyukur akan diberi hadiah kerana jasa untukNya . Fadhilatnya :Sesiapa berasa hatinya berat dan kemudian menyebut nama-Nya 41 kali , diikuti dengan bernafas ke dalam gelas berisi air dan membasuh mukanya , insyaALLAH hatinya akan menjadi lapang atau lega . AL-'ALI :Yang Termulia - Ianya yang paling mulia . Fadhilatnya :Sesiapa mempunyai keyakinan yang lemah tetapi menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH keyakinannya akan teguh . AL-KABIR :Yang Maha Besar - Ialah yang paling besar . Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali setiap hari , insyaALLAH ia akan memperolehi kemuliaan. AL-HAFIZ - Pemelihara - Ia memelihara segala-galanya serba lengkap dan pada suatu ketika menghindarkannya dari kehilangan dan malapetaka . Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 16 kali sehari insya ALLAH ia akan diselamatkan dari malapetaka. AL-MUQIT - Penjaga - Ia menjaga . Fadhilatnya :Sesiapa mempunyai anak yang kurang sopan , menyebut nama-Nya. AL-HASIB :Maha Penghitung - Ia mengetahui apa sahaja sebenarnya berkenaan perniagaan seseorang sepanjang hayat . Fadhilatnya :Apabila seseorang takut dirompak,maupun akibat dengki musuhnya , mulakan menyebut ...........atau membaca nama-Nya 70 kali pada hari khamis - siang atau malam . Bila tiba hari ke 71 sebutlah bahawa Allah Maha Penghitung atau Habiyallah-ul-Hasib.InsyaALLAH ia akan selamat. AL-JALIL :Maha Tinggi - Ianya maha kaya serba berkuasa . Fadhilatnya :Sesiapa menulis nama-Nya pada kertas dengan membubuh kasturi dan kunyit , kemudian membasuhnya dan akhirnya meminum air tersebut dari sebuah tembikar , insyaALLAH ia akan dimuliakan oleh manusia . AL-KARIM :Yang Maha Pemurah - Ianya sangat pemurah . Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH ia akan menerima kemuliaan di dunia serta akhirat. AR-RAQIB :Maha Waspada - Ianya memperhatikan apa jua hamba-hambaNya lakukan di dunia ini . AL-MUJIB :Maha Pengkabul - Ianya pengkabul bagi segala keperluan manusia . Fadhilatnya :Sesiapa memohon kepadaNya , insyaALLAH niatnya akan dikabulkan . AL-WASI' :Yang Menyeluruh - Ia mempunyai kuasa yang tiada terbatas. Fadhilatnya :Andainya seseorang mengalami kesukaran mencari mata pencarian , sebutlah nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH ia akan menerimanya bagi keperluan hidupnya yang lebih baik . AL-HAKIM :Yang Bijaksana - Ia mempunyai kebijaksanaan dalam segala masalah . Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya terus menerus (dari masa ke masa),insyaALLAH ia tidak akan menemui kesukaran dalam pekerjaannya . AL-WADUD :Yang Maha Penyayang - Ia menyayangi mereka yang berbuat baik dan akan menganugerahkan belas kasihan-Nya kelak . Fadhilatnya :Andainya dua orang bergaduh , sementara seorang daripadanya menyebut nama-Nya 1,000 kali di atas makanan yang telah tersedia dan dimakan pula oleh temannya itu , insyaALLAH pertikaian antara mereka akan selesai . AL-MAJID :Yang Maha Mulia - Ianya sangat mulia . Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan menerima kebahagiaan . AL-BA'ITH - Pembangkit Semula - Dialah yang memberi penghidupan kepada semua makhluk dihari pengadilan . Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya akan mempunyai perasaan takut dan hormat terhadap ALLAH . ASH-SHAHID :Saksi - Dia yang berada dimana-mana dan mengawasi segala-galanya. Fadhilatnya :Sesiapa yang mempunyai anak yang degil dan mengulangi nama-Nya kepada anak itu , insyaALLAH anak itu akan menurut perintah . AL-HAQQA :Kebenaran - KeujudanNya tiada perubahan . Fadhilatnya :Jika seseorang hilang sesuatu dan mengulang nama-Nya insyaALLAH dia akan jumpa apa yang telah hilang . AL-WAKIL :Wali - Dia menyediakan segala-galanya untuk mengatasi segala masalah dengan cara baik . Fadhilatnya :Sesiapa yang takutkan mati lemas , hangus dalam api atau bahaya yang serupa dan mengulangi nama-Nya berterus-terusan ,dari masa kesemasa , insyaALLAH akan berada dibawah perlindungan ALLAH . AL-QAWI - Paling Kuat - Dia yang terkuat . Fadhilatnya :Sesiapa yang tidak boleh mengalahkan musuhnya , tetapi mengulangi nama-Nya dengan niat tidak mahu dicederakan, insyaALLAH akan bebas dari kecederaan musuhnya . AL-MATIN :Teguh - Dia berkuasa dan teguh , tidak ada kuasa yang boleh menghumbankanNya . Fadhilatnya :Jika seseorang mempunyai kesusahan dan mengulangi nama-Nya , insyaALLAH kesusahannya akan lenyap . AL-WALI - Pelindung - Dia adalah sahabat hamba-hambaNya yang adil . Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya,insyaALLAH mungkin menjadi seorang waliullah . AL-HAMID - Pujian - Hanya dia seorang yang patut dipuji dan dimuliakan serta diberi penghargaan oleh semua makhluk . Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya ,insyaALLAH akan disayangi dan dipuji . AL-MUHSI - Penghitung - Dia mengetahui angka segala benda walaupun tidak boleh dikira dan dia mengetahui tiap-tiap satu darinya . Fadhilatnya :Sesiapa yang takut di soal di hari pengadilan , dan mengulangi nama-Nya 1,000 kali , insyaALLAH akan mempunyai kemudahan . AL-MUBDI - Pengasal - Dia yang telah mencipta semua makhluk untuk pertama kali bukan dari apa-apa dan tanpa sebarang contoh . Fadhilatnya :Sesiapa yang menyebut nama-Nya berulang-ulang dan dihembuskan ibu yang mengandung yang takutkan keguguran , insyaALLAH ibu itu akan bebas dari bahaya . AL-MU'ID - Pemulih - Dialah yang menghidupkan semula semua makhluk. Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 70 kali berulang-ulang untuk seseorang yang jauh dari keluarganya , insyaALLAH orang itu akan pulang dengan selamat . AL-MUHYI - Pemberi Kehidupan - Dialah yang memberi kehidupan dan kesihatan Fadhilatnya : Jika seseorang mempunyai satu bebanan yang berat dan mengulangi nama-Nya 7 kali setiap hari , insyaALLAH bebanannya akan dikurangkan . AL-MIMUT - Pencipta Kematian - Dialah yang mencipta kematian . Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan memusnahkan niat musuhnya . AL-HAYY :Hidup - Dialah yang mengetahui segala-galanya dan kekuatannya . Fadhilatnya : Sesiapa yang mengulangi nama-Nya , insyaALLAH akan mempunyai umur yang panjang . AL-QAYYUM :Hidup Sendiri -Dialah yang memegang seluruh alam semesta . Fadhilatnya : Sesiapa yang mengulangi nama-Nya , insyaALLAH tidak akan tewas dalam kelalaian . AL-WAJID - Penemu - Dialah yang dapat apa jua yang dikehendaki dalam keinginannya. Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya , insyaALLAH akan memiliki kemuliaan hati . AL-MAJID :Berhati Mulia - Dialah yang mulia hatinya , yang membuat kebajikan dan dermawan . Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya , insyaALLAH akan diterangkan hatinya . AL-WAHID :Yang Maha Istimewa - Ianya tunggal dalam segala tindakanNya , tidak ada berteman atau bersifat yang sama dengan sesiapa pun , bahkan perawakan dan perintah . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang seorang diri ditempat sunyi , insyaALLAH akan bebas daripada ketakutan serta kebingunan . AL-AHAD : Yang Tunggal . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali , insyaALLAH Allah akan memberi kehendaknya yang mana ia tidak akan perlukan bantuan orang lain . AS-SAMAD : Yang Berkekalan - Ianya adalah tunggal bagi sesiapa memohon sesuatu yang penting diselesaikan ataupun sebarang masalah yang harus dihapuskan. Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH Allah akan memberi kehendaknya dan yang mana ia tidak mahukan bantuan orang lain . AL-QADIR :Sentiasa Sanggup - Ia sentiasa sanggup melakukan apa sahaja kehendakNya . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH harus sedar akan kebenaran . AL-MUQTADIR :Berkuasa - Dialah yang lebih berkuasa dari segala makhlukNya . Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya , insyaALLAH ia menyedari kebenarannya . AL-MUQADDIM : Maha Penyelenggaran . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya di medan perang mahupun didalam ketakutan kerana bersendirian oleh sebab ganjilnya keadaan sekeliling , insyaALLAH bahaya tidak akan menimpa dirinya . AL-MU'AKHKHIR : Maha Penagguh - Ianya menangguhkan apa sahaja yang dikehendakiNya . Fadilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali di dalam hati setiap hari , insyaALLAH hanya ketaatan kepada Allah sentiasa kekal . Ketaatan kepada yang lain tidak mempengaruhinya . AL-AWWAL - Pengawal . Fadhilatnya : Sesiapa sahaja berkehendakkan anak ataupun mahu bersama-sama dengan seseorang dalam perjalanan , ia harus menyebut nama-Nya 1,000 kali dalam masa 40 jumaat . AL-AKHIR : Yang Akhir . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan mengalami hidup yang sempurna dan matinya pun sedemikian pula. AZ-ZAHIR - Penzahir . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 15 kali selepas sembahyang jumaat , insyaALLAH nur atau cahaya akan menyinari hatinya . AL-BATIN - Pembatin . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 3 kali setiap hari , insyaALLAH akan dapat mengetahui kebenaran segala-galanya . AL-WALI : Wali atau Pemerintah . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , kemudian menghembuskan nafasnya ke dalam rumahnya , insyaALLAH keselamatan rumahnya akan terpelihara . AL-MUTA'ALI : Yang Teramat Mulia - Ianya yang termulia dalam sebarang tindakan ,cara atau keadaan , bahkan fikiran seorang manusia . Ianya adalah yang paling tinggi. AL-BARRA : Sumber Segala Kebaikan - Sesiapa yang penyabar terhadap hambaNya, haiwan dan segala binatang-binatang , tentulah baik kepada semuanya . Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya kepada anak-anaknya, insyaALLAH ia akan dijauhkan daripada kemalangan . AT-TAWWAB - Penerima Ketaubatan . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH taubatnya akan diterima . AL-MUNTAQIM - Penghukum - Ia menghukum mereka yang bersalah. Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan menakluki musuh-musuhnya . AL-'AFUW - Pengampun - Ia sangat pengampun kepada mereka yang taubat , seolah-olah mereka tidak berdosa . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH segala dosanya akan diampunkan . AR-RA'UF : Maha Pengasih dan Penyayang - Ianya sungguh pengasih dan penyayang. Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan dikasihi Allah . MALIK-UL-MULK - Pemilik Kedaulatan Yang Kekal . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan dihormati Allah . DHUL-JALAL-WAL-IKRAM - Pengusaha Keagungan Serta Kedaulatan . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH dengan kerajinan bekerja serta tekun akan bertemu dengan kejayaan . AL-MUQSIT :Maha Pengadil - Ianya tetap maha adil dalam segala-galanya . Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , InsyaALLAH akan terjauh dari godaan syaitan . AL-JAME' - Pengumpul - Ia mengumpulkan segala-galanya pada sebarang waktu . Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan menemui benda-benda yang hilang . AL-GHANI :Serba Lengkap . Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyALLAH akan bersyukur dan tidak akan ada hasrat dengki . AL-MUGHNI - Pengmakmur . Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 10 kali Jumaat , insyaALLAH tidak akan mengalami kekurangan sesuatu apapun . AL-MANI' - Pencegah . Fadhilatnya :Mereka yang menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan mengalami penghidupan keluarga yang berbahagia . AD-DARR - Pengganggu - Ia menjadikan sesuatu yang menyebabkan seseorang bersifat rendah . Fadhilatnya :Jika sesiapa yang berketurunan sifat rendah menyebut nama-Nya berulang-ulang setiap malam Jumaat , insyaALLAH taraf mereka akan dinaikkan . AN-NAFI' :Makmur - Ia menjadikan segala-galanya untuk kebahagiaan manusia . Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang dalam masa empat hari ,insyaALLAH ia akan jauh dari aniaya atau bahaya . AN-NUR :Cahaya - Ia memberikan cahaya mulia keseluruh alam , wajah , fikiran serta hati makhluknya . Fadhilatnya :Sesiapa yang menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH hatinya akan lebih terang . AL-HADI - Penuntun - Ia memimpin hamba-hambaNya menuju kejayaan serta mengarahnya berbakti kepada manusia . Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan memperoleh pengetahuan ruhani . AL-BADI :Tiada BandinganNya - Ia membentuk segala-galanya dalam dunia ini tanpa rekaan . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 70 kali berulang-ulang , insyaALLAH kesusahannya akan hilang . ( Ya , ALLAH , Engkaulah yang menjadikan segala-galanya di dunia ini . ) AL-BAQI : Yang Kekal . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali sebelum matahari terbit , insyaALLAH akan terpelihara daripada malapetaka seumur hidupnya dan insyaALLAH dosanya akan diampunkan . AL-WARITH : Waris Agung - Ialah menguasai segala-galanya . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan hidup lama . AR-RASHID - Pemimpin Ke Arah Kebenaran - Ialah pemimpin yang bijaksana bagi membimbing makhlukNya kearah kebenaran . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 1,000 kali di antara Maghrib dan isya , insyaALLAH kesusahannya akan hilang . AS-SABUR - Penyabar . Fadhilatnya : Sesiapa ditimpa kesusahan ataupun dukacita hendaklah menyebut nama-Nya 3,000 kali , insyaALLAH ia akan terselamat

ASMAUL HUSNA - 99 NAMA-NAMA ALLAH

8:44 PM Posted by Md Apiz View Comments

Dibawah ini kami titipkan nama-nama Allah bersama maksudnya untuk sama-sama kita ingati sebagai ulangkaji. Semuga akan lahir keinsafan di hati kita apabila kita mengingati kebesaran Allah.

01 Ar-Rahman -Yang Maha Pemurah
02 Ar-Rahim -Yang Maha Mengasihi
03 Al-Malik -Yang Maha Menguasai
04 Al-Quddus -Yang Maha Suci Copy From FADC
05 Al- Sallam -Yang Maha Selamat Sejahtera
06 Al-Mu'min -Yang Maha Melimpahkan Keamanan
07 Al-Muhaimin -Yang Maha Pengawal serta Pengawas
08 Al-Aziz -Yang Maha Berkuasa Copy From FADC
09 Al-Jabbar -Yang Maha Kuat
10 Al-Mutakabir -Yang Melengkapi Segala Ke Besarannya
11 Al-Khaliq -Yang Maha Pencipta
12 Al-Bari -Yang Maha Menjadikan
13 Al-Musawwir -Yang Maha Pembentuk
14 Al-Ghaffar -Yang Maha Pengampun
15 Al-Qahhar -Yang Maha Perkasa Copy From FADC
16 Al-Wahhab -Yang Maha Penganugerah
17 Al-Razzaq -Yang Maha Pemberi Rezeki
18 Al-Fattah -Yang Maha Pembuka Copy From FADC
19 Al-'Alim -Yang Maha Mengetahui
20 Al-Qabidh -Yang Maha Pengekang
21 Al-Basit -Yang Maha Melimpah Nikmat
22 Al-Khafidh -Yang Maha Perendah (Pengurang)
23 Ar-Rafi' -Yang Maha Peninggi
24 Al-Mu'izz -Yang Maha Mengasihi dan menghormati (Memuliakan)
25 Al-Muzill -Yang Maha Menghina
26 As-Sami' -Yang Maha Mendengar
27 Al-Basir -Yang Maha Melihat Copy From FADC
28 Al-Hakam -Yang Maha Mengadili
29 Al-'Adl -Yang Maha 'Adil
30 Al-Latif -Yang Maha Lembut serta Halus
31 Al-Khabir -Yang Maha Mengetahui
32 Al-Halim -Yang Maha Penyabar
33 Al-'Azim -Yang Maha Agung Copy From FADC
34 Al-Ghafur -Yang Maha Pengampun
35 Asy-Syakur -Yang Maha Bersyukur
36 Al-'Aliy -Yang Maha Tinggi serta Mulia
37 Al-Kabir -Yang Maha Besar
38 Al-Hafiz -Yang Maha Memelihara
39 Al-Muqit -Yang Maha Menjaga
40 Al-Hasib -Yang Maha Penghitung
41 Al-Jalil -Yang Maha Besar serta Mulia
42 Al-Karim -Yang Maha Pemurah
43 Ar-Raqib -Yang Maha Waspada Copy From FADC
44 Al-Mujib -Yang Maha Pengkabul
45 Al-Wasi' -Yang Maha Luas
46 Al-Hakim -Yang Maha Bijaksana
47 Al-Wadud -Yang Maha Penyayang
48 Al-Majid -Yang Maha Mulia Copy From FADC
49 Al-Ba'ith -Yang Maha Membangkitkan Semula
50 Asy-Syahid -Yang Maha Menyaksi
51 Al-Haqq -Yang Maha Benar
52 Al-Wakil -Yang Maha Pentadbir
53 Al-Qawiy -Yang Maha Kuat
54 Al-Matin -Yang Maha Teguh
55 Al-Waliy -Yang Maha Melindungi
56 Al-Hamid -Yang Maha Terpuji
57 Al-Muhsi -Yang Maha Penghitung
58 Al-Mubdi -Yang Maha Pencipta dari Asal
59 Al-Mu'id -Yang Maha Mengembali serta Memulihkan
60 Al-Muhyi -Yang Maha Menghidupkan
61 Al-Mumit -Yang Mematikan Copy From FADC
62 Al-Hayy -Yang Senantiasa Hidup
63 Al-Qayyum -Yang Hidup serta Berdiri Sendiri
64 Al-Wajid -Yang Maha Penemu
65 Al-Majid -Yang Maha Mulia
66 Al-Wahid -Yang Maha Esa
67 Al-Ahad -Yang Tunggal
68 As-Samad -Yang Menjadi Tumpuan
69 Al-Qadir -Yang Maha Berupaya
70 Al-Muqtadir -Yang Maha Berkuasa
71 Al-Muqaddim -Yang Maha Menyegera
72 Al-Mu'akhkhir -Yang Maha Penangguh
73 Al-Awwal -Yang Pertama Copy From FADC
74 Al-Akhir -Yang Akhir
75 Az-Zahir -Yang Zahir
76 Al-Batin -Yang Batin Copy From FADC
77 Al-Wali -Yang Wali / Yang Memerintah
78 Al-Muta'ali -Yang Maha Tinggi serta Mulia
79 Al-Barr -Yang banyak membuat kebajikan
80 At-Tawwab -Yang Menerima Taubat
81 Al-Muntaqim -Yang Menghukum (mereka yang bersalah)
82 Al-'Afuw -Yang Maha Pengampun
83 Ar-Ra'uf -Yang Maha Pengasih serta Penyayang
84 Malik-ul-Mulk -Pemilik Kedaulatan Yang Kekal
85 Dzul-Jalal-Wal-Ikram -Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan
86 Al-Muqsit -Yang Maha Saksama Copy From FADC
87- Al-Jami' -Yang Maha Pengumpul
88- Al-Ghaniy -Yang Maha Kaya serta Serba Lengkap
89- Al-Mughni -Yang Maha Mengkayakan dan Memakmurkan
90 Al-Mani' -Yang Maha Pencegah
91 Al-Darr -Yang Mendatangkan Mudharat
92 Al-Nafi' -Yang Memberi Manfaat
93 Al-Nur -Yang bercahaya
94 Al-Hadi -Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk
95 Al-Badi' -Yang Maha Pencipta Yang Tiada BandinganNya
96 Al-Baqi -Yang Maha Kekal
97 Al-Warith -Yang Maha Mewarisi
98 Ar-Rasyid -Yang Memimpin (Ke arah Kebenaran)
99 As-Sabur -Yang Maha Penyabar

Suami terkejut isterinya diramas


Suami amat terkejut apabila balik melihat isterinya sedang diramas oleh orang lain.. : : : : : : : : : : : : . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
jgn mara aaaa...

Roti Mata Kerbau...!!! !!!

6:10 PM Posted by Md Apiz View Comments
Jemput le makan…jgn memalu

Isu Halimah Jongang dan Fatimah Juling menghina agama


Bermulanya dengan cerita komedi Halimah Jongang. Kini terbit pula cerita Fatimah Juling Halimah dan Fatimah adalah dua nama yang besar dalam sejarah Islam. Kedua-duanya adalah wanita yang hebat dalam sirah perjuangan Rasulullah s.a.w. Halimatussaadiah adalah ibu susuan Rasulullah . Manakala Fatimah adalah anak baginda Rasulullah s.a.w. Saidina Fatimah begitu cintakan Rasulullah sehingga kewafatan Saidina Fatimah begitu dekat dengan kewafatan Rasulullah. Kenapa penerbit filem di Malaysia tidak begitu menjaga sensitiviti Islam. Walaupun sekadar nama tetapi sewajarnya menceritakan tauladan agung dua nama serikandi ini. Apakah penerbit filem ini tidak begitu mengetahui kedudukan wanita dalam Islam. Sehingga begitu mudah melahirkan idea yang tidak bernas ini? A. Kelebihan wanita daripada Lelaki 1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.” 2. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh. B. Anak Perempuan lebih istimewa 3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. 4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S 5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga. 6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga. 7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
C. Kelebihan Ibu 8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. 9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu. D. Kelebihan Taat Kepada Suami 10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. 11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya(walinya) (serta menjaga sembahyang dan puasanya). 12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W, “Ibunya.” E. Ibadah Wanita; 13. Wanita apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki. 14. Setiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun). F. Keistimewaan wanita Dalam melahirkan dan menjaga Anak. 15. Apabila seseorang wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. 16. Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T 17. Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. 18. Apabila telah lahir seorang anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. 19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T Fikir-fikirkan lah….wahai mereka yang berakal……

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...