Asal Usul Lagu Negaraku


Tahu tak asal usul lagu negaraku? Huhh... Kalau tak tau, ni nak bgtau lah ni... Lagu Negaraku dijadikan lagu kebangsaan pada tahun 1957. Tune asli lagu Negaraku telah diambil daripada lagu keroncong bertajuk Terang Bulan, sebuah lagu yang popular pada masa tu (the state anthem of Perak). Pada masa tu, 11 negeri di Malaya (ketika tu) mempunyai lagu negeri masing-masing. Tunku Abdul Rahman, pada masa tu Perdana Menteri mencadangkan untuk memilih lagu kebangsaan yang sesuai. Satu pertandingan telah diadakan dan penyertaan telah mendapat sambutan dari serata dunia. 514 penyertaan telah diterima tapi tiada satu pun yang sesuai. Kemudian pemimpin tertinggi kerajaan membuat keputusan untuk memanggil composer terkenal. Composer yang telah terpilih ialah Benjamin Britten, Sir William Walton, Gian Carlo Menotti and Zubir Said (pencipta lagu singapura). Tetapi usaha mereka juga sia-sia. Selepas tu, pemimpin kerajaan terfikir untuk mengambil lagu kebangsaan Perak sebagai lagu kebangsaan. Lirik baru telah dicipta. Pada masa tu, melodi lagu ni (semasa masih sebagai lagu kebangsaan perak) adalah sangat popular di Singapura & Malaya dengan tajuk Terang Bulan. Sebenarnya, tune lagu Terang Bulan ini sama seperti lagu Mamula Moon berasal dari island of Mahe di Seychelles. Tempat tinggal Sultan Perak satu masa dulu. French band selalu membuat persembahan dengan tune ni. Sejarahwan percaya lagu Mamula Moon dicipta oleh Pierre Jean de Beranger dengan mendapat idea daripada French Poet pada abad ke-19. SUMBER
Asal Usul Lagu Negaraku Asal Usul Lagu Negaraku Reviewed by Drama Malaysia, Waktwo on June 05, 2010 Rating: 5
Powered by Blogger.