Kenali diri melalui rambut oleh Dr. Fadhilah Kamsah


Kenali diri melalui rambut oleh Dr. Fadhilah Kamsah


1) RAMBUT LURUS -
bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan

2) RAMBUT KERINTING TEBAL-
kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung

3) RAMBUT KERENTING NEGRO-
bijak, ego, cemburu buta, romantic , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

4) RAMBUT IKAL MAYANG-
bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kanseseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT-
bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT-
bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego,dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG-
kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf,sosial dan bijak lari daripada masalah.


8) RAMBUT TEBAL
bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang. 


9) RAMBUT KUSUT-
sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan. (kalu nak nmpk bijak mcm empunya pesen rambut gini....usahakasik kusut rambut korang....)

10) RAMBUT BERUBAN-
kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri

11)TIADA RAMBUT-
(Botak) ..kesian

12) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU KEHIJAU HIJAUAN -
itu rambutaaannnnnnnnnnnnnnnnnn..... Huahuahuahuahua




CAPTCHA?

12:24 PM Posted by Md Apiz View Comments

[Image: captchaonfb.jpg]
Captcha pada Facebook.


CAPTCHA disebut sebagai (cap-ch-uh) yang merupakan singkatan dari “Completely Automated Public Turing test to tell Computers and Humans Apart” adalah sejenis kaedah challenge-respons untuk memastikan bahawa respon yang dihasilkan hanya boleh dibuat oleh manusia dan bukannya komputer. Dengan erti kata lain, CAPTCHA adalah pengesahan kata ujian yang dimasukkan dari suatu bentuk sign-up seperti sign up akaun Gmail, Yahoo, Facebook dan banyak lagi.

Setiap pengguna internet akan mempunyai pengalaman CAPTCHA dan mereka terpaksa menempuh walaupun ada sesetengahnya menggangap ianya sangat menyusahkan, tetapi tidak semua yang menyedari tentang revelan penggunaan kaedah ini. Jadi dalam posting kali ini saya akan rumuskan tentang bagaimana CAPTCHA bekerja dan mengapa mereka digunakan.

Apa Tujuan Yang Paling Tepat CAPTCHA Digunakan?
CAPTCHA digunakan terutamanya untuk mengelakkan perisian automatik (bot) dari melakukan tindakan sama seperti manusia melakukan sign up atau login dan sebagainya. Misalnya ketika sign up untuk akaun e-mel baru, anda akan menemui CAPTCHA di bahagian bawah sign-up, Ini sebenarnya untuk memastikan bahawa form tersebut hanya boleh diisi oleh manusia dan bukannya perisian automatik atau komputer bot. Cuba anda bayangkan adalah mustahil bagi bot untuk meneka tepat CAPTCHA yang dihasilkan. Jika kaedah ini tidak digunakan, maka bertambah banyaklah akaun yang dihasilkan oleh bot.

CATPCHA kadang kala sangat annoying dan mungkin menyebabkan pengguna malas untuk sign up sesuatu form. Jika anda adalah pentadbir/devoloper sistem, maka CAPTCHA mesti digunakan kerana ianya memiliki kemampuan untuk melindungi sistem daripada serangan berbahaya di mana sesetengah hackers/crackers akan cuba mempermainkan sistem anda dengan mencipta perisian atau sebuah aturcara (program) yang boleh sign up secara automatik. Sebagai contoh, hackers/crackers boleh menggunakan software automatik untuk menghasilkan sejumlah kuantiti akaun tertentu malah mungkin jumlah yang infiniti sehingga menyebabkan beban yang sangat tinggi pada pelayan target. Ini secara tidak langsung menurunkan kualiti perkhidmatan sistem tertentu. Hal ini boleh menjejaskan berjuta-juta pengguna yang sah dan permintaan mereka.

Perancangan Sistem CAPTCHA
Sebenarnya idea CAPTCHA ini diambil dari teori manusia itu sendiri bahawa manusia lebih bijak dari sistem. Hal ini kerana komputer tidak memiliki kemampuan visual yang nyata seperti manusia yang mempunyai pemikiran yang berperasaan. Manusia melihat dan mentafsir melalui perasaan sedangkan komputer tidak. Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan oleh pencipta CAPTCHA seperti pengesahan melalui gambar/imej yang kadang kala manusia sendiri sukar untuk mengenalpasti apakah gambar/imej tersebut (ini sebenarnya menguji respon taksiran manusia dan adalah mustahil komputer mampu mentafsir seperti manusia mentaksir).

Memecahkan CAPTCHA
Cabaran dalam memecahkan CAPTCHA adalah sangat sukar dalam memastikan komputer mampu untuk memproses maklumat dalam cara yang seakan sama seperti manusia berfikir. Algoritma dengan kecerdasan buatan/Artificial Intelligence (AI) mesti dirancang untuk membuat komputer berfikir seperti manusia ketika berhadapan dengan gambar/imej. Namun saya yakin setiap security yang dibuat pasti ada yang mampu memecahkannya kerana saya selalu berpegang prinsip bahawa tiada satu pun sistem di dunia ini yang perfect yang mampu dilakukan oleh manusia sejagat.

CLICK SINI

sumber

SAYS.com Menjana Pendapatan dengan Mudah

Tujuan saya tubuhkan post ini adalah untuk membantu kita semua untuk mendapatkan wang dengan mudah hanya dengan menggunakan Teknik Pay Per Click. Ok apa dia pay per click tu? Sebenarnya camnie pihak says akan beri 20 sen setiap kali link/iklan anda di klik oleh orang ramai. Duit itu akan diberi kedalam akaun bank anda. Tidak kiralah bank apa sekali pun yang penting anda beri nombor akaun dan bank yang betul.

Ini bukti dari saya yang mengatakan saya sudah cash out rm 100



Mana datang duit tu? Ok sebenarnya kita ini ibarat menolong mempromosi atau mengiklan kan produk-produk mereka. Jadi disebabkan kita tolong mereka promote so diorang akan beri upah kepada kita. Suka saya ingatkan kita mendapat duit bukan dari atas angin kita mendapat duit adalah disebabkan kita membantu orang iklankan produk dia dan disebabkan itulah kita mendapat duit (upah) sebab tolong iklankan produk dia.

Bagaimana ingin mendapatkan link Says? (Untuk sesiapa yang belum ada akaun says)

Caranya mudah sahaja register says di sini 

Seterusnya anda tekan SPECIALS untuk mendapatkan link iklan. 

[Image: Egs4J.jpg]

Kemudian akan keluar seperti ini:- 


Anda boleh pilih mana-mana iklan yang anda suka untuk diletakkan link di mana-mana anda suka. Seperti yang anda nampak di iklan tu ada RM 10 ada yang RM 5. Sebenarnya says nie dia ada limit. Duit tidak akan jalan apabila sampai limit RM 10 atau 5 tu ataupun sehingga promosi iklan tamat. Cthnya sekali click 20 sen, sampai rm 5 so kena tukar iklan yang lain. 

Seterusnya anda boleh mendapatkan link yang hendak di share dengan menekan mana-mana laman sosial yang diberi. Contohnya saya ambil twitter. 





Anda hanya perlu sebarkan link yg saya highlight kan je. Contohnya >> http://bit.ly/RVJj2h << Boleh la klik untuk beri saya 20 sen. RCblush



Alhamdulilah tamat sudah.


PHOTOSHOP TUTORIAL: Efek WaterColor

Efek WaterColor
Tercari-cari teknik menukar foto kepada efek catan warna air yang realistik? Hanya dengan menggunakan Filter > Watercolor sahaja belum mencukupi. Mari cuba teknik ini.



SEBELUM & SELEPAS


[Image: post-1-0-77089800-1290317940_thumb.jpg] 




LANGKAH 1:

[Image: post-1-0-04860300-1293164623_thumb.jpg]
  • Buka fail orkid.jpg yang disertakan di dalam fail zip (sila download zip di bahagian bawah laman ini). Atau, guna imej anda sendiri.
  • Duplicate layer Background (tekan Ctrl + J).
  • Namakan layer baru itu sebagai ‘Smart Blur‘ sebab kita akan applykan filter Smart Blur kepada layer ini.
  • Klik menu Filter > Blur > Smart Blur. Setkan Radius: 10.0 dan Threshold: 30.0
  • Klik OK.


LANGKAH 2:


[Image: post-1-0-72793800-1293164543_thumb.jpg]
  • Duplicate layer ‘Smart Blur’ (tekan Ctrl + J).
  • Namakan layer baru sebagai ‘Glowing Edges‘ sebab kita akan applykan filter > Glowing Edges.
  • Klik menu Filter > Stylize > Glowing Edges. Setkan Edge Width: 1, Edge Brightness: 12, Smoothness: 15.
  • Klik OK.


LANGKAH 3:



[Image: post-1-0-40183900-1293164561_thumb.jpg]




  • Invertkan warna layer ‘Glowing Edges’. Tekan Ctrl + I.
  • Kemudian, desaturatekan warna, tekan Ctrl + Shift + U.
  • Tukarkan layer blend mode untuk layer ‘Glowing Edges’ daripada Normal kepadaMultiply.
  • Setkan opacity: 80%.


LANGKAH 4:



[Image: post-1-0-57998000-1293164501_thumb.jpg]


  • Select layer ‘Smart Blur’, dan duplicate layer ini (tekan Ctrl + J).
  • Namakan layer baru ini sebagai ‘Brush Painting‘.
  • Terbalikkan warna di layer ini, tekan Ctrl + I untuk Adjustment > Invert.
  • Kemudian, tukarkan layer blend mode daripada Normal kepada Color Dodge.


LANGKAH 5:



[Image: post-1-0-93841700-1293164487_thumb.jpg]
  • Pilih Brush Tool di dalam Toolbar.
  • Pilih Dry Media Brush (Size 39). Setkan opacity brush kepada 10% (di bahagian atas Photoshop).
  • Setkan warna foreground kepada hitam (#000000).
  • Perlahan-lahan, beruskan garisan-garisan stroke di layer ‘Brush Painting’. Buat secara rawak (random).
  • Anda akan dapat hasil seperti imej di atas.


LANGKAH 6:



[Image: post-1-0-85201600-1293164643_thumb.jpg]


  • Select layer asal iaitu layer Background.
  • Duplicate layer Background (tekan Ctrl + J). Ia akan diberi nama sebagai ‘Background copy‘.
  • Susun layer ini supaya ianya berada di atas kesemua layer (tekan Ctrl + Shift + ])
  • Applykan filter Watercolor kepada layer ini. Klik menu Filter > Artistic > Watercolor. Setkan Brush Detail: 12, Shadow Intensity: 0, Texture: 3.
  • Klik OK.
  • Tukarkan layer blend mode daripada Normal kepada Luminosity.
  • Setkan opacity layer kepada 25%.


LANGKAH 7:



[Image: post-1-0-35693200-1293164465_thumb.jpg]


  • Sebagai langkah terakhir, kita akan applykan New Adjustment Layer > Level. Klik pada ikon di bahagian bawah panel layer.
  • Laraskan slider Level sehingga anda berpuas hati dengan kontra warna yang dibuat.
  • Saya setkan slider pada 71, 1.40, 229 untuk imej saya.


HASIL:



[Image: post-1-0-27740800-1290317949_thumb.jpg]





SELAMAT MENCUBA ! 

CLICK SINI

sumber

Western Digital Memperkenalkan Cakera Keras WD Black Bersaiz 4TB

4:42 PM Posted by Md Apiz View Comments
Western Digital Memperkenalkan Cakera Keras WD Black Bersaiz 4TB
Western Digital (WD), sebuah syarikat dan peneraju dunia dalam bidang cakera keras telah mengumumkan cakera keras berkapasiti 4TB iaitu WD Black yang bersaiz 3.5 inci dan berkelajuan 7200 RPM. Cakera keras yang berkapasiti tinggi dan berprestasi tinggi ini amat sesuai digunakan di tempat kerja, permainan dan perisian yang memerlukan kelajuan yang tinggi


[Image: images-27.jpg]


Antara ciri-ciri utama WD Black ini ialah:
  • Kelajuan 7200 RPM
  • 64 Mb Memori Cache
  • Teknologi “dual stage actuator” – meningkatkan tahap ketepatan kedudukan data
  • SATA 6GB/s
  • Dual Processor – 2 kali lebih kuasa memproses data
“Memaksimumkan fungsi aplikasi komputer berkuasa tinggi seperti permainan, mutimedia dan pengeditan video, cakera keras WD Black 4TB menawarkan kapasiti dan prestasi yang menakjubkan tanpa sebarang kompromi” kata Matt Rutledge, Naib Presiden WD. “Apabila pelanggan memilih cekera keras WD Black, pengguna desktop akan mendapat kepuasan dalam kapasiti, prestasi dan kemudahan untuk mengendalikan aplikasi desktop” kata beliau lagi.
WD Black akan dijual pada harga AS $339 (RM 1,010.26) bagi pasaran AS. Mungkin harga di Malaysia nanti lebih mahal sedikit daripada harga tersebut.

click sini


sumber

Paparkan Nama Anda Di Taskbar Windows 7 Anda

kepada sesiapa yang teringin nak buat bagi ada nama macam tu,caranya mudah jer..
1. Click Clock kat Taskbar tu dan pilih seperti dalam gambar 
[Image: Untitled.png]

2. Click Change date and Time
[Image: Untitled.png]

3. Click Change Calendar Setting
[Image: Untitled.png]

4. Customize Format akan muncul,click tab Time. Akhir sekali anda cuma perlu edit AM dan PM tu je..
[Image: Untitled.png]

Selesai...keburukannya,anda tak boleh tengok la waktu tu AM ke PM..tapi kita bukan budak2 kecil lagi kan sampai tak boleh bezakan AM/PM.. ataupun,anda boleh tulis nama lain2 untuk bezakan AM/PM tu..contoh AM tukar kepada nama awek 1st, PM tukar kepada nama awek 2nd..

ok..selamat mencuba Grin

CLICK SINI

sumber

6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH


Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit...

click sini

sumber

Winrar 4.20 Final (64/32 Bit)

12:21 PM Posted by Md Apiz View Comments
[Image: winrar+4.20+beta+3+full+crack+cover.PNG]


WinRAR is a powerful archive manager. It can backup your data and reduce the size of email attachments, decompress RAR, ZIP and other files downloaded from Internet and create new archives in RAR and ZIP file format.


Nyan Cat Progress Bar

12:14 PM Posted by Md Apiz View Comments
[Image: pfcfl.png]

What?!
Nyan Cat Progress Bar is an app that displays the Nyan Cat over the top of progress bars in Windows. The best way to describe it is a screenshot:

Why?!
I found a thread on Reddit asking for someone to develop a mod for Windows that replaced progress bars with Nyan Cat. Since Instant Elevator Music does quite a lot of what this hypothetical app would do (ie. it finds progress bars, and plays music), I thought that modifying it to be able to display a Nyan Cat on top of a progress bar would be fairly straight-forward.

Nyan Cat Progress Bar is basically a special release of Instant Elevator Music with many of the features removed (ie. no playlists, changing music, support for splash screens, etc.) but with the addition of the display of the Nyan Cat.

How to use it
Fairly-Important Note: Nyan Cat Progress Bar doesn't work properly on Windows XP (see below for more information). If you're still running XP, you might want to consider upgrading to Windows 7.

1. Download the Nyan Cat Progress Bar 
2. Latest version: 2.1.1.1 (updated 12/7/2011)
3. SHA-1 hash: 464f4cef5720faa5e1bf4c5698ea6eee6509ea00
4. Extract the ZIP file to a folder.
5. Run NyanCatProgressBar.exe
6. Try copying some files in Windows Explorer. Smile

What apps does it work with?
Since the Nyan Cat Progress Bar depends on the progress bar being a standard Windows progress bar (ie. not a custom-drawn one, or a non-native one), it won't work with every progress bar on your system, but I've at least confirmed it works with Windows Explorer for file copies. If you want to hear music while you wait for more apps, try Instant Elevator Music instead: it has support for a lot more apps since it doesn't depend on being able to get the progress from the progress bar you're looking at.

Some apps I've seen it work with are: WinZip, 7-Zip, Audacity, and Windows DVD Maker, but it should work with some other apps too.

How can I turn it off?
There are a few ways you can silence the Nyan Cat:

1. Right-click the Nyan Cat Progress Bar icon in your system tray (near the clock) and choose Silence! to stop the Nyan Cat from automatically activating.
2. If you don't want a particular program to activate the Nyan Cat, you can right-click the Nyan Cat Progress Bar icon and choose "Ignore (application name)". You can also add programs to the ignore list in the Settings dialog.
3. If you don't want Nyan Cat to activate while you're listening to music in either iTunes or Winamp, you can right-click the Nyan Cat Progress Bar icon, choose Settings, and then tick the "Don't show Nyan Cat if I'm listening to music in iTunes or Winamp" checkbox.

Where is the music / animation from?
The music is by daniWellP: http://aidn.papiness.com
The animation is by prguitarman: http://www.prguitarman.com/index.php?id=348
I'd like to hope that this usage of both of these pieces of media is covered by the Fair Use (or similar) provisions of your local copyright laws, but if you're a copyright holder and you're unhappy with my usage, please email me a Cease and Desist and I'll take it down.

Can you make it work with ?
Probably not. Nyan Cat Progress Bar takes advantage of standard Windows progress bars and their ability to respond to messages that let other apps query the value of the progress bar. If your app doesn't work with it, then it's not responding to these messages, so it's probably not a standard progress bar.

Why does it crash as soon as I open it?
Make sure you unzip the archive into a folder first, so it can find the DLL files that come with it.

Hey, I ran it and it plays the music but doesn't show Nyan Cat? What gives?
The Nyan Cat will only show itself when the program with the progress bar is the foreground window. So, if you don't see the Nyan Cat, try clicking on the window that has the progress bar.

Y U NO WORK WITH WINDOWS XP?
It seems to be a bug in the animation code. Sometimes on Windows XP it will draw the Nyan Cat with a big blue box around it. However, for some people it works absolutely fine on Windows XP, so your mileage may vary.

How do I uninstall it?
There is no uninstaller for Nyan Cat Progress Bar: all you have to do is exit the program (right-click the Nyan Cat icon and choose Exit), and then delete the Nyan Cat Progress Bar files. It doesn't install itself to anywhere else on the system.

If you set the Nyan Cat Progress Bar to run at startup, and you delete it, you might get an error next time you log in to Windows. 

You can fix this by:
1. Clicking on the Start button
2. Copying and pasting the following text into the Search box (without the quotation marks):
"reg delete HKCU\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Run /v NyanCatProgressBar"
and pressing Enter.
3. Type Yes when prompted.



Browser Internet Menyusahkan Anda?

11:56 AM Posted by Md Apiz View Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Ayat entri ni mungkin kasar sedikit, izinkan Aminin guna perkataan "aku' dan "korang" rasa lebih selesa sikit nak terangkan. 

Entri aku kali ini insyaAllah akan ringkas sahaja. Artikel ini mengenai sejauh mana browser internet yang korang guna tu akan menyusahkan korang sendiri. Bagi yang menggunakan sebuah komputer peribadi untuk melakukan urusan harian termasuk bersosial di internet, tahukah korang bertapa bahayanya bila komputer atau notebook korang tu digunakan oleh orang lain (termasuk kawan-kawan) apa lagi jika laptop korang dicuri oleh orang lain?

Kita ambil contoh terdekat, Facebook. Tiap kali korang dah taknak main, korang akan logout dan korang rasa amat yakin yang akaun Facebook korang takkan dapat diakses oleh sesiapa lagi walaupun orang tersebut menggunakan laptop korang sendiri. Ok, agak logik di situ sebab korang memang dah buat apa yang patut korang buat. Nak lebih selamat lagi, korang pun clear cache dan cookies semua nak bagi betul-betul selamat. Takut member korang hijack akaun korang dan tulis status macam-macam la ni ye? Hehe.
Percayakah, sebenarnya orang yang menggunakan komputer kita dapat mengetahui segala jenis password kita dengan begitu mudah sekali. Tiada apa-apa software yang diperlukan dan ianya tidak memerlukan sebarang kepakaran dalam bidang hacking dan sebagainya. Mari lihat sedikit penerangan yang sempat aku buat ini.

Contohnya, jika korang menggunakan Firefox (tidak kira apa version sekalipun) sebagai browser utama yang mengedalikan segala aktiviti harian korang di internet, cuba buat apa yang akan ditunjukkan ini.

1. Pergi ke Firefox Setting
[Image: Screen-shot-2011-05-11-at-3.17.39-AM-456x396.png]

2. Klik pada tab, Security dan klik pada Saved Password

[Image: Screen-shot-2011-05-11-at-3.22.17-AM-456x306.png]

3. Segala website yang pernah korang login akan tersenarai bersama username
[Image: Screen-shot-2011-05-11-at-3.24.23-AM-456x266.png]

4. Sekarang klik pada, Show Password dan lihat sendiri apa hasilnya.
[Image: Screen-shot-2011-05-11-at-3.34.02-AM-456x266.png]

Tadaaa!! Semua akaun yang pernah korang akses akan tersenarai satu-persatu lengkap dengan username dan juga password dan perkara ini dapat dilihat oleh sesiapa sahaja yang mempunyai akses ke dalam sistem komputer korang. Kalau ikut logik, di komputer kita sendiri pastinya kita akan “remember” semua password website yang pernah kita daftar bukan? Siapa yang nak susahkan diri sendiri padahal online di komputer milik sendiri.

Dari sini, harap para pembaca akan nampak betapa bahayanya bila korang memberikan kebenaran kepada sesiapa sahaja untuk menggunakan komputer korang tidak kiralah pada kenalan yang korang kenal atau lebih lagi mereka yang tidak korang kenal.

Untuk itu, hati-hati dan pastikan, komputer peribadi korang tu benar-benar peribadi dan dalam dunia ni, hanya korang seorang yang menggunakannya. Jangan terlalu murah hati beri orang lain pinjam atau kebaikan korang, selalunya akan diibaratkan sebagai melepaskan anjing yang tersepit.

Kalau dah terpaksa sangat beri pada orang lain pinjam lebih-lebih lagi pada orang yang korang curiga, delete la semua simpanan username dan password korang tu dulu.

Dari sedikit research yang aku lakukan, ramai antara kita semua yang tidak mengetahui perkara ini even seorang yang bergiat aktif dalam dunia perkomputeran. Dan kalau ada antara korang yang dah tahu pasal perkara ini, baguslah dan terus berhati-hati dan pada yang baru tahu, ini masa untuk korang bertindak dan lebih berhati-hati.

Tapi bagaimana nak selesaikan masalah di atas tanpa perlu memadam semua password yang dah korang save? Ye lah kalau padam karang, takut korang sendiri pun lupa apa password yang dah korang padam tadi tu. Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, Firefox didatangkan dengan satu fungsi dipanggil “Master Password”.

Kalau korang refer gambar pada point nombor 2, korang akan nampak satu button yang dipanggil Master Password. Jadi set’kan Master Password ini dan lepas ni, untuk view senarai username dan password yang tersimpan, korang akan diminta untuk memasukkan Master Password terlebih dahulu. Apapun pastikan Master Password ni korang akan ingat sampai bila-bila kerana kalau korang sendiri lupa, takkan ada sesiapa yang dapat membantu.

[Image: Screen-shot-2011-05-11-at-3.59.36-AM.png]

Untuk sesiapa yang dah nengok tapi ruangan username dan password tu kosong sahaja, itu bermakna korang tak pernah save apa-apa password atau korang sedang menggunakan browser baru atau mungkin komputer baru. Untuk itu, lepas ni pastikan korang lebih berhati-hati dalam apa jua yang dilakukan.

Semoga artikel yang aku sampaikan ini bermanfaat kepada mereka yang memerlukan. Teehee! 
Rcgaymer 

SUMBER 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...