Western Digital Memperkenalkan Cakera Keras WD Black Bersaiz 4TB

Western Digital Memperkenalkan Cakera Keras WD Black Bersaiz 4TB
Western Digital (WD), sebuah syarikat dan peneraju dunia dalam bidang cakera keras telah mengumumkan cakera keras berkapasiti 4TB iaitu WD Black yang bersaiz 3.5 inci dan berkelajuan 7200 RPM. Cakera keras yang berkapasiti tinggi dan berprestasi tinggi ini amat sesuai digunakan di tempat kerja, permainan dan perisian yang memerlukan kelajuan yang tinggi


[Image: images-27.jpg]


Antara ciri-ciri utama WD Black ini ialah:
  • Kelajuan 7200 RPM
  • 64 Mb Memori Cache
  • Teknologi “dual stage actuator” – meningkatkan tahap ketepatan kedudukan data
  • SATA 6GB/s
  • Dual Processor – 2 kali lebih kuasa memproses data
“Memaksimumkan fungsi aplikasi komputer berkuasa tinggi seperti permainan, mutimedia dan pengeditan video, cakera keras WD Black 4TB menawarkan kapasiti dan prestasi yang menakjubkan tanpa sebarang kompromi” kata Matt Rutledge, Naib Presiden WD. “Apabila pelanggan memilih cekera keras WD Black, pengguna desktop akan mendapat kepuasan dalam kapasiti, prestasi dan kemudahan untuk mengendalikan aplikasi desktop” kata beliau lagi.
WD Black akan dijual pada harga AS $339 (RM 1,010.26) bagi pasaran AS. Mungkin harga di Malaysia nanti lebih mahal sedikit daripada harga tersebut.

click sini


sumber
Western Digital Memperkenalkan Cakera Keras WD Black Bersaiz 4TB Western Digital Memperkenalkan Cakera Keras WD Black Bersaiz 4TB Reviewed by Drama Malaysia, Waktwo on November 26, 2012 Rating: 5
Powered by Blogger.