PHOTOSHOP TUTORIAL: Efek WaterColor

Efek WaterColor
Tercari-cari teknik menukar foto kepada efek catan warna air yang realistik? Hanya dengan menggunakan Filter > Watercolor sahaja belum mencukupi. Mari cuba teknik ini.



SEBELUM & SELEPAS


[Image: post-1-0-77089800-1290317940_thumb.jpg] 




LANGKAH 1:

[Image: post-1-0-04860300-1293164623_thumb.jpg]
  • Buka fail orkid.jpg yang disertakan di dalam fail zip (sila download zip di bahagian bawah laman ini). Atau, guna imej anda sendiri.
  • Duplicate layer Background (tekan Ctrl + J).
  • Namakan layer baru itu sebagai ‘Smart Blur‘ sebab kita akan applykan filter Smart Blur kepada layer ini.
  • Klik menu Filter > Blur > Smart Blur. Setkan Radius: 10.0 dan Threshold: 30.0
  • Klik OK.


LANGKAH 2:


[Image: post-1-0-72793800-1293164543_thumb.jpg]
  • Duplicate layer ‘Smart Blur’ (tekan Ctrl + J).
  • Namakan layer baru sebagai ‘Glowing Edges‘ sebab kita akan applykan filter > Glowing Edges.
  • Klik menu Filter > Stylize > Glowing Edges. Setkan Edge Width: 1, Edge Brightness: 12, Smoothness: 15.
  • Klik OK.


LANGKAH 3:



[Image: post-1-0-40183900-1293164561_thumb.jpg]




  • Invertkan warna layer ‘Glowing Edges’. Tekan Ctrl + I.
  • Kemudian, desaturatekan warna, tekan Ctrl + Shift + U.
  • Tukarkan layer blend mode untuk layer ‘Glowing Edges’ daripada Normal kepadaMultiply.
  • Setkan opacity: 80%.


LANGKAH 4:



[Image: post-1-0-57998000-1293164501_thumb.jpg]


  • Select layer ‘Smart Blur’, dan duplicate layer ini (tekan Ctrl + J).
  • Namakan layer baru ini sebagai ‘Brush Painting‘.
  • Terbalikkan warna di layer ini, tekan Ctrl + I untuk Adjustment > Invert.
  • Kemudian, tukarkan layer blend mode daripada Normal kepada Color Dodge.


LANGKAH 5:



[Image: post-1-0-93841700-1293164487_thumb.jpg]
  • Pilih Brush Tool di dalam Toolbar.
  • Pilih Dry Media Brush (Size 39). Setkan opacity brush kepada 10% (di bahagian atas Photoshop).
  • Setkan warna foreground kepada hitam (#000000).
  • Perlahan-lahan, beruskan garisan-garisan stroke di layer ‘Brush Painting’. Buat secara rawak (random).
  • Anda akan dapat hasil seperti imej di atas.


LANGKAH 6:



[Image: post-1-0-85201600-1293164643_thumb.jpg]


  • Select layer asal iaitu layer Background.
  • Duplicate layer Background (tekan Ctrl + J). Ia akan diberi nama sebagai ‘Background copy‘.
  • Susun layer ini supaya ianya berada di atas kesemua layer (tekan Ctrl + Shift + ])
  • Applykan filter Watercolor kepada layer ini. Klik menu Filter > Artistic > Watercolor. Setkan Brush Detail: 12, Shadow Intensity: 0, Texture: 3.
  • Klik OK.
  • Tukarkan layer blend mode daripada Normal kepada Luminosity.
  • Setkan opacity layer kepada 25%.


LANGKAH 7:



[Image: post-1-0-35693200-1293164465_thumb.jpg]


  • Sebagai langkah terakhir, kita akan applykan New Adjustment Layer > Level. Klik pada ikon di bahagian bawah panel layer.
  • Laraskan slider Level sehingga anda berpuas hati dengan kontra warna yang dibuat.
  • Saya setkan slider pada 71, 1.40, 229 untuk imej saya.


HASIL:



[Image: post-1-0-27740800-1290317949_thumb.jpg]





SELAMAT MENCUBA ! 

CLICK SINI

sumber

blog comments powered by Disqus
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...