Mengapa sembah Kaabah?

Mengapa sembah Kaabah? Persoalan itu selalu terngiang-ngiang dalam benak fikiran Jacky. lalu dia pergi bertanyakan kepada seorang sahabatnya Ahmad. ‎"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?" "Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah" "Baitullah tu apa?" "Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah" "Allah ada dalam tu?" "Tak.." "Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?" "Yang saya sembah bukannya bangunan tu.." "Kamu sembah apa?" "Saya sembah Allah swt" "Jadi, kenapa sembah bangunan tu?" "Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.." "Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.." "Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?" "Pernah.. selalu.." "Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?" "Tengok perlawanan bola la.." "Di mana?" "Dalam tv la.." "Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.." "Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.." "Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.." "So..?" "Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?" "Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.." "Peliknya.." "Sebab apa pulak pelik?" "Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.." "Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.." "Hurm.. jadi tak peliklah ni..?" "Ya.. tak pelik.." "Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.." "Erk.. kau betul.." maka terjawablah persoalan Jacky selama ini.

Bahaya tidur selepas subuh

Kita telah ketahui bersama bahwa waktu pagi adalah waktu yanng penuh barakah dan di antara waktu yang kita diperintahkan untuk memanfaatkannya. Akan tetapi, pada kenyataannya kita banyak melihat orang-orang melalaikan waktu yang mulia ini. Waktu yang seharusnya dipergunakan untuk bekerja, melakukan ketaatan dan beribadah, ternyata dipergunakaan untuk tidur dan bermalas-malasan. Saudaraku, ingatlah bahawa orang-orang soleh terdahulu sangat membenci tidur pagi. Kita dapat melihat ini dari penuturan Ibnul Qayyim ketika menjelaskan masalah banyak tidur bahawa banyak tidur dapat mematikan hati dan membuat badan merasa malas serta membuang-buang waktu. Beliau rahimahullah mengatakan, “Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan. Waktu tidur yang paling bermanfaat yaitu : Tidur ketika perlu tidur. Tidur di awal malam – ini lebih manfaat daripada tidur lewat malam Tidur di pertengahan siang –ini lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan petang. Apatah lagi pada waktu pagi dan petang sangat kurang manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya yang ditimbulkan, lebih-lebih lagi tidur di waktu Asar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur semalaman. Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerena pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan).” (Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah) BAHAYA TIDUR PAGI [Pertama] Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah. [Kedua] Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci. [Ketiga] Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya. [Keempat] Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya. Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullah berkata, "Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." (Miftah Daris Sa'adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula. [Kelima] Menghambat datangnya rezeki. Ibnul Qayyim berkata, "Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah [1] tidur di waktu pagi, [2] sedikit solat, [3] malas-malasan dan [4] berkhianat." (Zaadul Ma’ad, 4/378) [Keenam] Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma’ad, 4/222) sumber: GEMPAk.ORG

Andai Isterimu Menangis...

Jika seorang isteri menangis di hadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi... * Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.. * Jika kau membiarkannya pergi,dia tidak akan kembali menjadi dirinya yg dulu, selamanya2! * Seorang isteri tidak akan menangis dgn mudah, kecuali di depan org yg sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah! * Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu, dia akan menurunkan rasa EGOnya. * Wahai suami2,jika seorang isteri pernah menangis krnmu, tolong pegang tangannya dng penuh pengertian. Karena dia adalah org yg akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu. * Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jng menyia-nyiakannya. Mgkn, krn keputusanmu, kau merosak kehidupannya. * Saat dia menangis di depanmu, saat dia menangis krnmu. Lihatlah jauh ke dlm matanya. Dptkah kaulihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya karenamu ?

V V V V V V V V "Pada hari penciptaan PEREMPUAN. MALAIKAT bertanya kepada ALLAH SWT"

" Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini ? " Lalu ALLAH SWT menjawab... "Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaanKU ini".. Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat.. * TUTUR katanya merupakan KEBENARAN.. * SENYUMAN'nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. . * PELUKAN & CIUMAN’nya boleh memberi KEHANGATAN bagi anak2nya.. * Dia TERSENYUM bila melihat temannya TERTAWA.. * Dia TERHARU,Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya... * Dia mampu TERSENYUM di balik KESEDIHANnya. . * Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.., Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...