Punca seseorang pasangan curang

Monday, November 22, 2010 4:15 PM Posted by Lagend TV

Siapa tak sakit hati bila seseorang orang berlaku curang..Sebenarnya, sebelum kita saling tuduh-menuduh pasangan lebih baik kita memahami sebab-sebab kecurangan pasangan. Kemudian selidik samada faktor tersebut yg telah membuat si dia menjauhkan diri dari anda! Hidup Terkongkong Siapa yang suka jika hidupnya diatur pasangan atau dikawal ketat kebebasannya? Ruang kebebasan yg diingini dihimpit ketika berpasangan dengan anda. Sikit2 anda menelefonnya seolah2 tidak percaya kejujurannya. Akibatnya dia berlaku curang untuk membuktikan kepada anda bahawa dia masih berharga di mata orang lain dan memberi pelajaran berguna kepada anda! Dia memulainya dengan rajin berbohong. Rasa Marah Percaya atau tidak, rasa marah dapat mengundang kecurangan. Anda mungkin tidak sedar, rasa marah sering terpendam dalam diri pasangan. Dia mungkin tidak meluahkan kerana tidak mahu sengketa atau ketika itu tidak mahu melukakan hati anda. Anda juga sering abaikan perasaannya dengan mengambil mudah dgn tidak mahu meminta maaf. Mungkin anda juga sering menimbulkan kemarahannya dgn melakukan perkara2 yg tidak disukainya seperti merokok, berpakaian terlalu seksi dan mencabar keegoaannya. Oleh itu, cara membebaskan diri yang dianggap paling menyenangkan ialah dengan melakukan kecurangan. Iyalah, marah buat jiwa tertekan dan fikiran tidak lagi berfikir secara rasional. Sering Berjauhan Anda dan si dia sering berjauhan. Contohnya anda belajar di universiti dan dia bekerja di kampung halaman anda. Anda hanya pulang sekali sekala berjumpa dengannya ketika cuti semester. Mungkin juga anda atau si dia asyik kerja out-station , dihantar kursus etc sehingga berhari2, berminggu2 atau mungkin bertahun lamanya. Sudah pasti kesetiaan tercabar apabila sering berjauhan. Mungkin dia akan mencari pengganti yg dapat mengisi kekosongan di saat anda tiada. Niat dia mungkin sekadar suka2, tetapi akhirnya terjebak dengan cinta! Ketidakpuasan dalam Kasih Sayang Si dia mungkin merasakan anda tidak memberi perhatian dan kasih sayang yg secukupnya. Anda sibuk ke sana sini dan kerjaya anda membuat anda tidak ada cukup masa bersamanya. Akibatnya dia rasa kesunyian dan diabaikan. Oleh itu, dia tergamak mengkhianati cinta anda dengan keluar dengan orang lain yg lebih menghargainya dan sudi meluangkan lebih waktu dengannya. Komunikasi Yang Hambar Masalah komunikasi sering membuatkan percintaan menjadi hambar. Mungkin anda terlalu pendiam dan tak pandai berbicara. Hambatan komunikasi seperti perbezaan kematangan dan pengetahuan juga membuat komunikasi menjadi cacat. Selain itu, mungkin anda berdua kurang berkomunikasi seperti berlawak jenaka, bercerita masalah atau peristiwa dan mengucap kata-kata cinta. Bila bertemu, anda dan dia lebih banyak mendiamkan diri dan kematian idea untuk dibincang bersama. Oleh itu, si dia mungkin berlaku curang dengan seseorang yg dapat mengisi kekosongan ini dengan pandai berbicara, mengambil hati, berlawak dan berkongsi idea dan pendapat. Landasan Hubungan Yang Rapuh Dulu dia bercinta dengan anda atas landasan yg tidak kukuh seperti dicabar teman2 atau dipaksa keluarga. Mungkin juga dia dulu beranggapan hendak main2 atau cuba2 saja dengan anda. Tak sangka pulak anda terus melekat! Mungkin juga kerana wajah anda yg cantik membuat dia rasa ingin bercinta dengan anda dahulu. Kemudian, pasti dia rasa tertekan bila jiwanya tidak betul2 cinta dengan anda, sebaliknya terpaksa berpura2. Oleh itu dia pasti berlaku curang apabila bertemu dengan seseorang yg benar2 membuat dia jatuh cinta! Merasa Tidak Dihargai Lelaki memiliki sifat ego. Mungkin anda sering menyakiti hatinya, membebel dan melemparkan kata2 yg tidak manis. Dia mungkin diam dan tidak membalas, tapi perasaanyaterhiris. Bila si dia rasa tidak dicintai dan dihargai, egonya terluka.Ego yang terluka mengakibatkan kesan yg buruk. Biasanya dia akan "membalas" dengan mengambil tindakan luar dugaan seperti berlaku curang di belakang anda! Dia berlaku demikian kerana ingin merasa diterima dan dicintai iatu perasaan yg tidak dapat dirasakan bila bersama anda. Mahu Lebih Bahagia Bila si dia merasa tidak bahagia bersama kita, boleh jadi dia akan mencari pengganti lain untuk mendapatkan kebahagiaan, yang definisinya kadang-kadang tidak jelas. Sikap Yg Mengada-ngada Asyik merengek bagai budak kecil bila inginkan sesuatu. Kadang-kadang si dia tidak mampu untuk memberikan sesuatu yg anda minta. Malah kadang2 hampir keseluruhan wang gajinya dihabiskan untuk anda! Malah anda terus mendesak2 seolah2 dia anak jutawan. Anda juga terlalu manja dan tak pandai berdikari. Asyik bergantung kepadanya sehingga pergi kerja pun perlu dijemput dan dihantar. Lainlah kalau anda sudah menjadi suami isteri. Si Dia mungkin muak dengan sikap anda dan mencari pengganti yg lebih mengerti. Hubungan Terlalu Rutin Bila hubungan menjadi terlalu rutin sehingga si dia dapat menjangka apa yg akan terjadi seterusnya, pasti timbul kebosanan. Contohnya,malam minggu pasti anda akan mengajaknya menonton wayang. Tempat makan pun asyik2 restoran yg sama. Anda tidak pernah mengajaknya keluar dari aktiviti rutin seperti berkelah, melawat tempat menarik, dan sebagainya. Kadang-kadang aktiviti seperti melawat Zoo , Pameran dan Muzium juga dapat memecahkan kebosanan dalam perhubungan. Sikap Playboy! Ahh...si dia memang patut anda jauhi sekiranya playboy sikapnya. Jgn menyesal jika si dia meninggalkan anda kerana mungkin itu sebagai penyelamat bagi anda sebelum anda lebih menyesal di hari kemudian. Dia pantang bertemu perempuan cantik. Pasti dia akan berlaku curang kepada anda. Ada Orang Tidak Puas Hati Si Dia setia dengan anda dan anda juga begitu. Tapi tanpa sedar, ada pihak tertentu yg begitu cemburu atau tidak puas hati dengan perhubungan anda. Mereka akan membuat cerita, memfitnah dan melaga-lagakan anda. Si Dia mungkin terpengaruh dan akhirnya melepaskan geram dengan kecurangan!

blog comments powered by Disqus
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...