Lelaki Tidak Lagi Seperti Dulu…



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ …..
Dulu, bila di sebut lelaki, wanitanya mendongak megah, lelaki kami Asadullah, Saifullah, tokoh ramai tak terkira.
Kini, bila disebut lelaki, wanitanya menunduk lemah, tokoh kami sedikit sekali, ramainya, boneka yahudi..
Dulu, bila disebut lelaki, wanitanya tenang dihati, lelaki kami menjaga, melindungi..
Kini, bila disebut lelaki, wanitanya mahu cabut lari, lelaki khianat, perogol bersiri..
Dulu, bila wanita dibawah jagaannya, lelaki memagari sehabis daya, tiada siapa yang berani menggoda.
Kini, bila wanita di bawah jagaannya, lelaki tak kisah auratnya terbuka, wanitanya dibiar bebas, binasa..
Dulu, lelaki menggadai harta dan nyawa, untuk mengangkat kemuliaan agama.
kini, lelaki menggadai ketinggian agama, demi nafsu, dunia dan seisinya.
Dulu, lelaki bermatian mencipta sejarah, kental berjihad, tekun berdakwah.
Kini, lelaki hanya menyanjungi sejarah, diri bermalasan, tenaga tak dikerah..
Dulu, lelaki memperjuangkan deen dan ummah, Al Farouq, Zunurain mati terbunuh.
Kini, lelaki memperjuangkan diri dan kroninya, hingga sanggup membunuh..
Dulu, lelaki bersatu menghadapi musuh, angkatannya kuat dan teguh,
Kini, lelakinya berpuak dan berpecah, sesama sendiri saling bertelingkah..
KEMBALILAH lelakiku pada KELAKIANMU..kami RINDUKAN lelaki dulu, ACUAN madrasah Rasul…

Lelaki Tidak Lagi Seperti Dulu… Lelaki Tidak Lagi Seperti Dulu… Reviewed by Drama Malaysia, Waktwo on April 06, 2012 Rating: 5
Powered by Blogger.