LELAKI

Pompuan selalu benci dengan lelaki boya Dah ada pasangan, tapi masih nak berpoya poya Tapi pompuan tak tahu lelaki punya la setia Lagipun berpoya poya itu kan cuma hobi saja Pompuan dok bising lelaki hidung belang Dah ada teman, tapi dok cari lain kat belakang Tapi pompuan tak tahu lelaki bukanlah ada niat nak curang Lagipun ianya cuma sekadar nak isi masa lapang Pompuan keja nak kata lelaki mata keranjang Ada marka kat tepi pun, pompuan lain pun sempat di pandang Tapi pompuan tak tahu lelaki punya la penyayang Sebab dalam hatinya, cuma ada pompuan tu sorang Pompuan juga menyampah dengan lelaki penipu Walaupun dah berteman, tapi tetap nak berlakon single gitu Tapi pompuan tak tahu yang lelaki sebenarnya bukanlah sebegitu Ia cuma sekadar nak test market, samada masih laku atau tak laku Tapi walau apa pun alasan lelaki beri Pompuan tetap mengata lelaki itu ini Walau begitu lelaki tetap harap pompuan dapat mengerti Benda ni kadang kadang terjadi di luar kawalan diri Sebab tu orang selalu kata bahawa dasar lelaki tak sedar diri Oleh itu...maafkanlah kami....

LELAKI LELAKI Reviewed by Drama Malaysia, Waktwo on March 29, 2010 Rating: 5
Powered by Blogger.