manusia tidak sempurna

tak tahulah kenapa rasa tertarik sangat bila dengar lagu tuh. even kadang kadang rasa macam nak meleleh air mata tapi ditahan tahan sebab dengar dekat umah. malu lah kalau nanges. jatuh maruah kejantanan ku. HAHA. lagu itu sangat memberi motivasi dan menginsafkan. Tak ada manusia Yang terlahir sempurna Jangan kau sesali Segala yang telah terjadi memang sejak azali lagi kita dah tahu yang semua orang tak dilahirkan sempurna. semua orang cacat lah kot maksud dia. cacat fizikal cacat hati. cacat macam macam. manusia selalu cemburu tengok kelebihan manusia laen. sedang kan kita tahu semua orang tak sempurna. oleh itu, selalu lah ingatkan diri kita tak semestinya kalau kita dekat tempat dia, kita akan gembira dan bahagia. Kita pasti pernah Dapatkan cobaan yang berat Seakan hidup ini Tak ada artinya lagi setiap kali kita ditimpa masalah, kita mesti rasa sedih dan menyesal. dan selalu fikir kenapa kita yang kena tanggung masalah itu dan ini. sampai kan kita rasa kecewa dengan hidup kita sendiri. sedang kan kita tahu semua orang tak sempurna. semua orang mesti pernah rasa apa yang kita rasa (dapat dugaan yang sangat berat). ingat kan diri kita kalau orang laen yang sama sama tak sempurna dengan kita pun buleh hidup, kenapa kita tidak? Syukuri apa yang ada Hidup adalah anugerah Tetap jalani hidup ini Melakukan yang terbaik Tuhan pasti kan menunjukkan Kebesaran dan kuasanya Bagi hambanya yang sabar Dan tak kenal Putus asa apa pun dugaan dan cubaan yang kita terima. pasti ade kebaikan nye kerana Allah itu Maha Mengetahui. kita susah sekarang, tak semestinya akan susah selama lamanya. dalam kehidupan setiap manusia pasti akan ada jatuh bangun nya. Allah akan memberi kesenangan dan kebahagiaan buat manusia yang sabar kerana sabar itu sebahagian dari iman. iman lah penentu nya. jangan mudah mengalah. dan sentiasa bersyukur dengan ketentuan-Nya. :) ingatan untuk semua dan diri sendiri. lap air mata kejap. ok. jom dengar lagu laen pulak :p
manusia tidak sempurna manusia tidak sempurna Reviewed by Drama Malaysia, Waktwo on March 27, 2010 Rating: 5
Powered by Blogger.