Kuning Telur Sama Buruk Dengan Merokok

[Image: kuning-telur.jpg]


Telur sering disebut-sebut sebagai makanan yang sihat mungkin boleh 
mengakibatkan buruk terhadap kesihatan arteri. Putih telur diketahui 
bermanfaat bagi kesihatan kerana tinggi protein, tapi sayangnya kuning 
telur mengandungi kolesterol tinggi yang hampir sama bahayanya dengan 
nikotin rokok terhadap arteri.




Sebuah kajian yang dilakukan oleh para penyelidik dari Western 
University di Kanada dan diterbitkan dalam jurnal Atherosclerosis 
menunjukkan bahawa diet kaya kuning telur boleh menyumbat arteri dan 
mengembangkan aterosklerosis.


Seperti dipetik dari onlymyhealth, Jumaat (7/9/12), aterosklerosis 
adalah suatu keadaan perubatan yang boleh menyebabkan serangan jantung 
dan stroke, akibat pengumpulan plak di sepanjang dinding arteri.


Penyelidik di University Hospital juga melakukan kajian terhadap 
pesakit aterosklerosis tentang gaya hidupnya sehari-hari, pengambilan 
ubat-ubatan, riwayat merokok dan pengambilan kuning telur satu minggu. 
Kadar daripada 1.262 pesakit menunjukkan bahawa plak pada dinding arteri
mengalami peningkatan secara signifikan selepas usia 40 tahun.


Tetapi peningkatan secara eksponen jug aterjadi pada pesakit yang 
mempunyai kebiasaan merokok dan yang mengambil kuning telur secara 
teratur. Besarnya pengaruh kuning telur dalam penumpukan plak arteri 
hampir dua pertiga dari pengaruh rokok.


Merokok secara langsung dapat mempengaruhi pembuluh darah dan 
pembangunan plak, sedangkan pengambilan kuning telur mempunyai kesan 
yang tidak langsung, iaitu dengan menjejaskan kolesterol darah secara 
keseluruhan.


Tahap kolesterol yang tinggi dalam darah menyebabkan pengumpulan plak
arteri secara berperingkat. Selain makan kuning telur, ada 
faktor-faktor lain yang juga mempengaruhi kadar kolesterol, termasuk 
makan makanan berlemak, obesiti, kurangnya aktiviti fizikal dan genetik.


Kajian menunjukkan bahawa pengambilan kuning telur sangat berbahaya 
bagi individu yang berisiko terhadap penyakit kardiovaskular. Namun, 
percubaan lebih lanjut dan kajian prospektif masih diperlukan untuk 
mengesahkan perkara itu.


Makan kuning telur menjadi bermasalah apabila digabungkan dengan 
sosej kerana kedua-duanya menyumbangkan kolesterol dalam peringkat yang 
cukup tinggi. Tetap makan kuning telur dengan putih telurnya untuk 
menjaga pengambilan lemak tepu dan tahap kolesterol yang lebih rendah 
dan dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular secara signifikan.

click sini

sumber

blog comments powered by Disqus
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...