Risiko Meminum Teh Panas & Teh Ais

Wednesday, December 19, 2012 10:53 PM Posted by Viral Sohor
Risiko Meminum Teh Panas & Teh Ais
[Image: 225743_209040162462903_1000508_n.jpg]

Hasil kajian terkini oleh saintis Iran menyatakan meminum teh dalam keadaan masih panas melebihi suhu 70 darjah celcius boleh menyebabkan terjadinya penyakit Barah Kerongkong.



Mengikut sebuah kajian yang terlebih dahulu dilakukan dalam British Medical Journal telah dikemukakan minuman panas berpotensi menimbulkan tumor. Meminum teh panas dengan suhu di atas 70 darjah celcius sama dengan meningkatkan risiko barah kerongkong lapan kali ganda lebih besar untuk terjadi jika dibandingkan anda meminumnya dalam keadaan kurang panas iaitu di bawah 65 darjah celcius, demikian penjelasan penyelidik sepertimana dilaporkan oleh Reuters.

Bersama kumpulannya, Reza Malekzadeh dari Universiti Tehran telah melakukan kajian terhadap 300 orang yang didiagnosis menghidap penyakit barah kerongkong, sementara 571 orang yang lain dalam keadaan sihat. Mereka semua adalah berasal dari daerah yang sama, di negeri Golestan, Iran Utara.

Malekzadeh menjadikan daerah ini sebagai sampel kajian kerana Golestan merupakan salah satu daerah yang mempunyai jumlah pesakit barah kerongkong tertinggi di dunia. Namun sebaliknya tahap kebiasaan merokok dan meminum alkohol di daerah ini sangat rendah. Yang perlu diketahui, hampir kesemua penduduknya gemar minum teh hitam secara rutin, sebanyak satu liter setiap hari.

Hasil kajiannya, orang² yang rutinnya meminum teh panas kurang daripada dua minit selepas dituangkan dengan tingkatan suhu yang melebihi 70 darjah celcius berisiko mencetuskan perkembangan barah kerongkong lebih cepat jika dibandingkan dengan mereka yang terlebih dahulu menunggu sehingga empat minit atau lebih. Sebenarnya tidaklah ada keterangan yang konkrit seberapa panas suhu teh yang menyebabkan barah, namun para penyelidik membuat kesimpulan luka akibat daripada kepanasan teh akan menyebabkan kerengsaan kerongkong yang sekaligus akan menyebabkan berlakunya simpton² barah.

Dibandingkan dengan meminum teh yang kurang kepanasannya yang mampu ditanggung oleh organ dalaman manusia atau teh suam kuku pada suhu 65 darjah Celsius atau kurang, meminum teh panas antara 66 dan 68 darjah Celsius memungkinkan untuk meningkatkan dua kali ganda risiko terjadinya barah kerongkong, dan meminum teh yang panas pada suhu 70 darjah Celsius atau lebih berpotensi besar untuk meningkatkan risiko tercetusnya penyakit barah sehingga lapan kali ganda.

Telah dicatatkan setiap tahun lebih daripada 500.000 orang di seluruh dunia meninggal dunia akibat penyakit barah kerongkong. Penyakit ini tumbuh subur terutamanya di daerah di Asia, Afrika, dan Amerika Selatan. Barah ini termasuk dalam kalangan penyakit barah pembunuh dengan rata-rata kesembuhannya adalah sekitar 12 hingga 31 peratus, itu pun memerlukan masa yang cukup panjang, sekitar 5 tahun.

“Keputusan kajian membuktikankan peningkatan kuat risiko OSCC yang berkaitan dengan meminum teh panas atau sangat panas,”. Oleh itu saintis menyarankan agar mesti menunggu beberapa minit terlebih dahulu sebelum meminum satu gelas teh yang baru ditapis dengan air yang mendidih.

Laporan itu juga memberi sokongan kepada pendapat bahawa kecederaan kerana hawa panas air yang melalui organ pemakanan manusia mungkin menjadi penyebab kepada barah “epithelium” walaupun bagaimana proses kepanasan mampu meningkatkan perkembangan tumor masih belum diketahui.

Daripada penelitian tersebut dapat disimpulkan bahawa pengambilan minuman dalam keadaan panas berbahaya bagi kesihatan anda. Apalagi jikalau ditambah dengan makanan yang panas pul. Lebih baik teh atau minuman lain diminum dalam keadaan yang kurang panas atau boleh kita katakan sebagai hangat tetapi tidak terlalu panas.

Bahaya Minum Teh Ais Bagi Kesihatan Ginjal


Siapa di antara para pengunjung yang tidak menyukai minuman rakyat yang satu ini? Yah, Teh ais sepertinya begitu mudahnya kita temui di mana-mana gerai makanan, dari warung pinggir jalan sampai Restoran mewahpun semuanya menyediakan teh ais sebagai salah satu menu utama minumannya. Teh ais dengan bau dan rasa khasnya sudah menjadi darah daging dalam masyarakat kita meskipun dihiaskan dalam bentuk apa² sekalipun. Teh tetaplah Teh dan jika diberi ais, maka kesegarannyalah yang kita dapat nikmatinya. Apalagi di Bulan Puasa, menu pembuka sebelum makan besarpun sering didahului dengan minum teh ais .


Tapi tahukah anda, di sebalik kenikmatannya, teh ais menyimpan potensi yang berbahaya bagi kesihatan manusia. Penyelidikan di Loyola University Chicago Stritch School of Medicine telah mengungkapkan bahawa pengambilan teh ais secara berlebih meningkatkan risiko penyakit batu karang.

Sepertimana yang telah dilaporkan dari laman Times of India, teh ais mengandungi kepekatan tinggi oksalat, salah satu bahan kimia yang merupakan kunci untuk mencetuskan pembentukan batu karang. ”Bagi mereka yang mempunyai kecenderungan mengidapi penyakit batu karang, teh ais jelas menjadi minuman terburuk atau sebahagian daripada pantang larang minumannya,” kata Dr John Milner iaitu seorang pembantu profesor Jabatan Urologi.

Milner berkata, teh panas sebenarnya juga menyimpan kesan-kesan buruk yang sama. Hanya, kuantiti penyajian teh panas biasanya lebih kecil. Logiknya, orang meminum teh panas, kuantiti airnya tidaklah akan sebanyak meminum teh ais. Jarang orang yang mengambil teh panas apabila haus. Berbeza dengan teh ais, di mana ramai orang sanggup meminumnya lebih daripada segelas saat haus dan hawa panas.

Lelaki, wanita posmenopause dengan tingkatan estrogen yang rendah paling terdedah terhadap keburukan teh ais ini. Oleh itu, Milner menyarankan agar menggantikan pengambilan minuman itu dengan air putih, atau mencampurkannya dengan lemon. ”Lemon kaya engan kandungan citrates, yang boleh menghalang pertumbuhan batu karang dalam ginjal,” kata Milner.

Batu karang adalah kristal kecil yang terbentuk daripada mineral dan garam yang biasanya ditemui dalam air seni, buah pinggang atau saluran pundi kencing. Mineral tak terpakai itu umumnya akan dikeluarkan daripada tubuh bersama urin (air kencing), tetapi dalam keadaan tertentu ia akan mengendap dan membatu di dalam saluran pundi kencing atau buah pinggang.

Pengkaji juga mengungkapkan sejumlah makanan lain yang berpotensi menyimpan kesan-kesan buruk apabila memakannya. Mereka menyebutkan antara lainnya: bayam, coklat, kacang-kacangan, garam, dan daging. Sebaiknya, ambillah teh ais dan makanan-makanan itu secara bersederhana demi kesihatan ginjal anda. Padukan pula dengan sumber makanan yang tinggi kalsiumnya yang dapat mereduksi oksalat. Dan, tentu sahaja perbanyakkanlah meminum air putih.

sumber

blog comments powered by Disqus
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...