Doktor temui pokok dalam paru-paru...

>> IZHEVSK, Rusia - Adakah anda masih ingat pesanan orang tua yang memberitahu >> supaya jangan menelan biji tembikai kerana takut benihnya akan tumbuh >> dalam perut? >> >> >> Pesanan itu mungkin dianggap tidak munasabah tetapi beberapa doktor di sini >> terkejut apabila mendapati sebatang pokok fir kecil berdaun hijau setinggi >> lima sentimeter berada dalam paru-paru seorang pemuda, Artyom Sidorkin >> yang berumur 28 tahun. >> >> >> Menurut sebuah akhbar semalam, Sidorkin pergi ke Pusat Kanser Udmurtian >> di sini, Rusia Tengah pada minggu lalu kerana batuk berdarah dan sakit dada. >> >> >> Akhbar Komsomolskaya Pravda melaporkan, doktor-doktor pada awalnya >> mendapati terdapat tumor di dalam salah satu paru-parunya berdasarkan >> ujian X-ray tetapi setelah dibedah, mereka terkejut menemui pokok kecilitu. >> >> >> "Mata saya berkedip-kedip sebanyak tiga kali kerana menganggap saya >> melihat benda lain. >> >> >> "Saya kemudian memanggil pembantu untuk melihatnya semula," kata Dr. >> Vladimir Kamashev yang membuat pembedahan itu. >> >> >> Sidorkin berkata, sebelum ini doktor memberitahunya batuk berdarah itu >> bukan disebabkan dia dijangkiti sebarang penyakit. >> >> >> "Ia sangat sakit seperti mencucuk dalam saluran badan. Terasa sakit yang >> amat sangat. Namun saya tidak pernah terfikir ada objek dalam badan >> saya," kata Sidorkin. >> >> >> Menurut beberapa doktor, adalah mustahil pokok kecil itu ditelan memasuki >> paru-paru manusia. >> >> >> Mereka percaya Sidorkin mungkin menelan benih pokok itu yang kemudian >> membesar di dalam tubuhnya. >> >> >> Sebahagian paru-paru Sidorkin dan pokok itu diawet untuk kajian lanjut. >> Gambar X-ray menunjukkan >> imej seperti pokok fir >> membesar dalam paru-paru.
Doktor temui pokok dalam paru-paru... Doktor temui pokok dalam paru-paru... Reviewed by Drama Malaysia, Waktwo on May 18, 2010 Rating: 5
Powered by Blogger.