Selamat Hari Ibu

Saturday, May 8, 2010 2:04 PM Posted by Viral Sohor
Orang kata aku lahir dari perut mak…. (bukan orang kata…memang betul) Bila dahaga, yang susukan aku….mak Bila lapar, yang suapkan aku….mak Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku….mak Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….mak Bila bangun tidur, aku cari….mak Bila nangis, orang pertama yang datang….mak Bila nak bermanja, aku dekati….mak Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak Bila nakal, yang memarahi aku….mak Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak Bila takut, yang tenangkan aku….mak Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak Aku selalu teringatkan….mak Bila sedih, aku mesti telefon….mak Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….mak Bila bengang, aku suka luah pada….mak Bila takut, aku selalu panggil….”mmaaakkkk!” Bila sakit, orang paling risau adalah….mak Bila nak exam, orang paling sibuk juga….mak Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak Bila ada masalah, yang paling risau….mak Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni….mak Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak Kalau balik ke kampung, Yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak Yang selalu berleter kat aku….mak Yang selalu puji aku….mak Yang selalu nasihat aku….mak Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak Aku ada pasangan hidup sendiri…. Bila seronok, aku cari….pasanganku Bila sedih, aku cari….mak Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku Bila gagal, aku ceritakan pada….mak Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku Bila berduka, aku peluk erat….mak Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….mak Bila sambut valentine….aku bagi hadiah pada pasanganku Bila sambut hari ibu….aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu” Selalu….aku ingat pasanganku Selalu….mak ingat kat aku Bila-bila….aku akan telefon pasanganku Entah bila….aku nak telefon mak Selalu….aku belikan hadiah untuk pasanganku Entah bila….aku nak belikan hadiah untuk mak Renungkan: “Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… Bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak… Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”. Berderai air mata jika kita mendengarnya….. Tapi kalau mak sudah tiada….. MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT…. Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya…. berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya….. berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya….. berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya….. berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya…. berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya….. dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya…. Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu: 1) Tolong pergi kedai : RM4.00 2) Tolong jaga adik : RM4..00 3) Tolong buang sampah : RM1.00 4) Tolong kemas bilik : RM2.00 5) Tolong siram bunga : RM3.00 6) Tolong sapu sampah : RM3.00 Jumlah : RM17.00 Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama. 1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA 2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA 3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA 4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA 5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, “Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya. Mesti tersentuhkan,so kepada meraka yang bersikap kasar,tidak hormat dan derhaka terhadap ibu ambillah peluang pada hari ibu ini untuk meminta maaf kerana ibulah satu-satunya tempat kita berkasih dan bermanja dari kecil lagi dan mungkin ramai lagikan yang tidak tahu hari ibu bila???Betul x?? Bak kata perpatah kasih ibu sepanjang jalan kasih anak sepanjang galah renung-renungkan lah.. IBU KAU LAH RATU HATI KU..I ♥ U so MUCH. ....aku post nie pn sbb ari nie ari ibu....
SAYA SAYANG MAK SAYA

blog comments powered by Disqus
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...