Fakta Ubuntu@Linux

Monday, May 3, 2010 1:20 PM Posted by Md Apiz
  1. Linus Torvalds mencipta kernel Linux semasa belajar di Universiti Helsinki, tahun 1991.
  2. Hampir 75% kod Linux dibangunkan oleh pekerja-pekerja syarikat pada tahun lepas.
  3. IBM mengumumkan komputer mainframe yang direka untuk Linux pada Disember 2009.
  4. IBM sedang membangunkan supercomputer paling berkuasa yang dijangka siap pada 2011, dengan nama jolokan Sequoia dan Linux dijadikan OS pilihan.
  5. 446 dari 500 superkomputer dunia dijanakan dengan Linux.
  6. Hampir 95% server bagi studio animasi Hollywood menggunakan Linux.
  7. Filem besar pertama yang dihasilkan dengan server Linux adalah Titanic pada tahun 1997.
  8. Pengarah untuk filem yang sama juga menggunakan Linux bagi memproses filem Avatar.
  9. Gergasi enjin carian dunia, Google menggunakan Linux pada servernya.
  10. Google juga menyumbang 1.1% kod bagi kernel Linux sekarang.
  11. Linux mempunyai pasaran yang luas dan berpengaruh dalam industri telefon pintar dan juga dunia pengguna.
  12. Palm WebOS, Google Android dan Nokia Meemo merupakan OS bagi peranti mobil yang menggunakan Linux.
  13. TiVO, perekod video digital — menggunakan Linux yang diubahsuai pada perkakasannya.
  14. Pada tahun 2009, Linux mempunyai pulangan pecahan pasaran 33.8% berbanding Microsoft 7.3% pada segmen server.
  15. Pada awal tahun 2010, Linux mempunyai pasaran desktop hampir 1.02%.
  16. Linux menggunakan GNU Public License atau dikenali sebagai GPL.
  17. Linux OS tidak akan disebut hari ini jika projek GNU mempunyai kernel mereka sendiri pada masa lalu.
  18. Projek GNU juga kekurangan daemons, driver dan kernel.
  19. Melalui lesen GPL, sesiapa yang mengedar Linux hendaklah juga membekalkan kod sumbernya.
  20. Linus Torvalds sendiri mengakui perkara terbaik beliau lakukan adalah melesenkan kernel Linux dengan GPL.
  21. Linus gagal memfailkan tanda dagangan Linux ketika memulakan projek sumber terbuka dahulu.
  22. Pada tahun 1994, William Della Croce, Jr. memfailkan tuntutan tanda dagangan di US dan meminta semua pengedar Linux membayar royalti kepadanya.
  23. Linus dan peguamnya memenangi tuntutan tanda dagangan Linux hanya selepas tahun 1997.
  24. Ada hampir 300 distro yang masih aktif dalam pembangunan OS itu sekarang.
  25. Distro pertama yang memudahkan pengguna akhir menggunakan Linux adalah Slackware yang direka pada tahun 1993.
  26. Debian merupakan distro pertama yang berkonsepkan pembangunan berpusatkan komuniti.
  27. Ubuntu, Knoppix dan Xandros menggunakan Debian sebagai asas.
  28. Debian v4.0 mengandungi 283 juta baris kod arahan.
  29. Kod ini juga dianggarkan berjumlah USD 7.37 billion jika dibangunkan secara komersil.
  30. LiveCD pertama yang dibuat secara komersil merupakan Yggdrasil.
  31. Red Hat merupakan antara Linux yang pertama menyediakan servis khas kepada syarikat.
  32. Ubuntu merupakan distro pertama yang ditawarkan oleh OEM — Dell.
  33. Xandros merupakan distro yang dipilih Asus untuk netbook ketika mengeluarkan EeePC dahulu.
  34. Pada tahun 2002, The Register mendedahkan syarikat gergasi Microsoft membelanjakan USD 421 juta hanya untuk melawan Linux.
  35. Pada tahun 2003, SCO Group menuduh IBM mencuri kod UNIX untuk diletakkan pada Linux.
  36. Kerajaan negeri Karala, India mewajibkan semua sekolah menengah memasang Linux pada sistem komputer mereka.
  37. Kerajaan Brazil juga menyokong penggunaan Linux pada kesemua komputer milik mereka.
  38. Pada tahun 2009, kerajaan Brazil merupakan negara terbesar membangunkan thin client dengan anggaran 350,000 nod.
  39. IDC, salah satu syarikat analisis terkemuka menganggarkan sokongan Linux akan meningkat kepada 1 billion USD menjelan 2012.
  40. Negara Korea Utara turut menghasilkan distro Linuxnya sendiri dipanggil Red Star OS.

blog comments powered by Disqus
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...