Email yang menyesatkan

Dapat email siot ni lagi, siapa la yang rajin sangat mengarang email ini ?Apa tujuan beliau? Bagus juga menyuruh orang membaca ayat-ayat Yaasin tetapi ayat di bawah sekali tu yang tidak kena. Umat Islam yang terleka akan cepat-cepat forward kepada 7 temannya yang lain kononnya nak murah rezeki dan takut untuk mendeletenya. Kepada yang rajin menyebarkan email sebegini bertaubatlah kerana dengan menyebarkan email yang berunsur syirik ni anda mengajak teman anda untuk syirik juga kerana percaya dengan memforwarkan email boleh memurahkan rezeki.
Yang memberi rezeki hanyalah Allah SWT, namun begitu ada juga amalan-amalan yang membuka pintu rezeki seperti solat Dhuha. Ada juga yang suka menampal Ayat 1000 dinar . Ayat ini pula sepatutnya difahami dan dihayati maksudnya bukannya setakat tampal di dinding. Apa yang penting ialah berusaha dan kemudian bertawakal kepada Allah supaya dimurahkan rezeki. Kalau Allah nak memberi rezeki yang tidak disangka-sangka pula bersyukurlah dan jangan pula kedekut untuk bersedekah.
Email yang menyesatkan Email yang menyesatkan Reviewed by Drama Malaysia, Waktwo on April 27, 2010 Rating: 5
Powered by Blogger.