Kata2 Mutiara 2

- Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu. - Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yang luas. - Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia. - Orang miskin memakan makanan yang lebih enak daripada orang kaya kerana makanan mereka adalah berkat kepada kemiskinan mereka. - Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka. - Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya daripada beliau mencintai lelaki tersebut. - Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut. - Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam. - Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar. - Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana. - Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan dan kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain. - Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda dan menguatkannya dari hari ke hari. - Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apa yang anda dapat. - Lelaki yang bijak dapat membaca buku dan kehidupan sekaligus. - Kesabaran akan lebih menguntungkan daripada kekuatan yang dimiliki. - Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan. - Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan. - Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk membina sebuah monumen yang indah sekali. Masyarakat abad kini menggunakan jentera hanya untuk membina sebuah kedai. - Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya. - Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat
Kata2 Mutiara 2 Kata2 Mutiara 2 Reviewed by Drama Malaysia, Waktwo on April 13, 2010 Rating: 5
Powered by Blogger.