Botak

BOTAK
Isu botak sememangnya agak femes dikalangan lelaki bukan? Selain nampak segak macho dan hensem, mempunyai kepala yang botak juga banyak kelebihan seperti van diesel. Seurat rambut pun boleh buat wanita tidur lena. heh! Cuba anda bayangkan sekiranya pak mat tempe lelaki idaman malaya yang botak, mahu tak anda semua tidur lena bermimpikan wajah nya yang memanggil-manggil anda di alam fantasi? Ada berani ka? ”jangankan terpegun, bulu roma pun boleh layu”..heh.!!
Dalam kehidupan seharian lelaki, apakah faktor yang menyebabkan seseorang lelaki statik di depan cermin. Adakah kerana mukanya yang hensem? adakah kerana perutnya yang semakin buncit? adakah sebab bisep n trisepnya? Kalau perempuan, tak payah cakap lah kan, sangatlah mudah untuk kita meneka. Jawapannya terang lagi bersuluh, ”tentulah kerana mukanya yang putih melepak, tentulah kerana dadanya yang menggoda, erk??? tentulah kerana pinggangnya yang apa yer?? dan tentulah kerana pinggulnya yang bergerudi seksinya”. Tetapi lelaki? Apaaa yea? Saya bagi anda lima saat untuk berfikir dan menjawab soalan. ”Tetttt, masa dah habis”. hakhak..
Harga diri lelaki sebenarnya terletak pada rambutnya. Betul tak?!! Kalau tak setuju, sila angkat kaki jer lah yer..!!. Rambut adalah mahkota kelakian dan bukannya pada perempuan saja. Kalau anda pernah melepak di starbuck cafe yang mengalahkan harga petrol, pasang jer telinga berdekatan dengan wanita wanita, semestinya akan terdengar kata-kata ”woahh, kewl gila mamat tue, tengok rambut. Hohoooo”. Mula lah aksi-aksi gedik akan terkeluar tanpa disedari. Itu dia, pujian yang ditunggu-tunggu oleh kaum lelaki. yehaaa.!! Anda sangat hebat sekali. Adakah botak itu seksi pada pandangan kaum perempuan? Saya buat satu situasi ”jika ditakdirkan anda bercinta sekarang, dan kemudiannya pasangan anda mengalami keguguran rambut yang serius, adakah anda setia menerimanya?”. Adakah anda hendak mencari yang lain pada masa lelaki semakin kepupusan dan wanita semakin bertambah angkanya? Heh!!. Sila lah kemukakan pandangan anda wahai kaum wanita
Botak Botak Reviewed by Drama Malaysia, Waktwo on April 21, 2010 Rating: 5
Powered by Blogger.