Siapa lebih bodoh?

Saturday, April 3, 2010 11:16 PM Posted by Viral Sohor
Dua orang Datuk ahli perniagaan telah membuat perbincangan di sebuah hotel ternama. Sebelum mereka berbincang mengenai perniagaan, mereka berbual kosong mengenai diri masing-masing. Datuk A : Datuk B, saya ada masalah sikit sebab driver saya tu bodoh sangatlah. Datuk B : Datuk A, driver saya lagi bodoh. Datuk A : Kalau begitu kita panggil driver kita, tengok siapa yang lebih bodoh. Datuk A pun memenggil drivernya masuk ke bilik. Datuk A : Mat, kau ambil duit RM10.00 pergi beli sebuah Mercedes mata belalang! Mat : Baik datuk (terus keluar bilik) Datuk A : Tengok! macam mana bodohnya driver saya. Datuk B : Itu tak berapa bodoh, driver aku lagi bodoh, Datuk A tengoklah nanti. Datuk B terus memanggil drivernya supaya masuk. Datuk B : Abu, kau balik rumah saya sekejap, kau tengok ada tak saya kat rumah. Abu : Baik datuk (terus keluar) Datuk B : Datuk A tengoklah, saya tercongok kat sini dia tak boleh fikir. Kedua-dua driver tadi bertemu di lobi hotel. Mat : Abu, Datuk A tu bodoh betul laa... ada ke dia suruh aku beli mercedes mata belalang, kan hari ni hari minggu, kedai semua tutup. Abu : Datuk B lagi bodoh, dia suruh aku balik tengok dia ada tak kat rumah? Dia ada h/phone, sepatutnya dia telefon aje lah.

blog comments powered by Disqus
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...