Kecantikan lelaki dan wanita Islam

Sunday, April 11, 2010 5:39 PM Posted by Md Apiz
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:- 1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan 2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran 3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun 4)Lelaki yang tenang dan lapang dada 5)Lelaki yang baik sangka 6)Lelaki yang tak pernah putus asa Kecantikkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad S.A.W adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki. Kegagahan Wanita..?? Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:- 1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan 2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan 3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan 4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan. Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Sayidah Khadijah R.A adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan. Sabda Rasulullah S.A.W:- " Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"

blog comments powered by Disqus
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...